BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, August 15, 2011

Tumis asam pedas pari


Ahad, 14 Ogos, 2011

Masakan tumis asam pedas merupakan kegemaran si suami, wani dan ira. Jadi bila diberitahu menu hari ini tumis asam pedas pari mereka sangatlah gembira terutamanya si wani. Ikutilah resipinya:

Bahan utama : 7 keping ikan pari

Bahan kisar :

3 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
11/2 inci halia muda
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 keping nesan/gula melaka
belacan (gaulkan dengan sedikit air)
garam + gula

Bahan pelengkap :

4 sudu besar cili boh
1 mangkuk air asam jawa
1 batang bunga kantan (belah dua)
daun kesum (1 ikat)~ambil daunnya saja
1 sudu besar serbuk kari ikan
2 cawan air


Cara memasak:

1. Tumis semua bahan kisar + belacan + nesan + gula + garam sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh + air asam jawa (masukkan sedikit demi sedikit), tumis lagi sehingga cili menjadi garing.

2. Masukkan air + bunga kantan + daun kesum + rempah kari + ikan. Masak 5 minit lagi sehingga semua sebati. Siap untuk dimakan.


Resipi asal : Blog My Dapur~Asam pedas tumis ikan pari

8 comments:

  1. asam pedas pariiii sedapnyaaaaaaaaaaaaa :) dah lama x masak .. :))

    ReplyDelete
  2. sedapnyer ! sedapnyer ! sedapnyer ! dya suke makan sume makanan . hahakz ! tp klau nak masak ikan pari nie kena masak lauk laen jugak pasal ayah tak suke pari . hihi ~

    ReplyDelete
  3. uiii sedapnya...terliur pulak rasa...=)

    ReplyDelete
  4. ieda~sedap time buka puasa ni...:)

    ReplyDelete
  5. deeya ~ samalah kita,masak lauk lain juga sbb bukan semua suka pari...betul tu:)

    ReplyDelete
  6. Kancilbiru~ish-ish kesianlah pulak!tak pa cuci mata je lah ya..

    ReplyDelete
  7. ini lauk kegemaran saya...

    tapi anak saya suka ikan pari bakar bersambal...

    ReplyDelete
  8. CTE ~ ikan pari bakar b'sambal pun sedap...apa2 berkaitan pari memang sedap!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...