BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, March 18, 2012

Pulut cawan




Sarapan pagi minggu ini, simple saja iaitu pulut cawan gaul nyior. Nak buat pun senang. Ikuti bahan-bahan dan cara membuatnya...

Bahan Utama ~ beras pulut (masak seperti tanak nasi, cuma kurangkan air sedikit supaya pulut tidak menjadi terlalu lembik!). Saya masak guna rice cooker je. Senangkan:))

Bahan Pelengkap

nyior parut muda (beli je kat kedai) ~ letak garam sedikit + gaul rata.
ikan kering ~ goreng hingga garing.

Cara menghidang:

1. Bulat-bulatkan pulut sehingga agak padat, kemudian gaulkan dengan nyior.

2. Hidangkan dengan ikan kering goreng. Selamat mencuba.



8 comments:

  1. assalam teratai..acik suka makan dengan ikan kering,sambal bilis atau dengan inti kelapa manis..janji pulut..sedapkan

    ReplyDelete
  2. Acik Erna ~ memang sedap. Makan dgn ikan goreng atau ikan panggang pun best gok!

    ReplyDelete
  3. semua makanan yang berasaskan pulut, saya suka.

    misalnya wajik, pulut kuning, lemang, seri muka dsb.

    terima kasih kerana sudi bertandang dan meninggalkan jejak.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bagi pulut cawan, kalu yat buat dalam nyior tu tambah gak gula sikit baru ada rasa manis-manis

    ReplyDelete
  5. pulut ni biasa orang kaitkan dengan orang kerja bendang sebab depa makan pagi2 untuk tenaga..tapi kalu makan tak buat kerja, alamatnya nampak bantal ja la...

    ReplyDelete
  6. al-lavendari ~ memang pulut sedap buat apa-apa masakan pun. Kat ganu,femes dgn pulut lepa...sedappp!

    BHP ~ tapi sayang dah habih!

    Yat ~ boleh cuba letak gula lain kali,thanks:)

    Sarah ~ memang pun mengantuk jika makan byk pulut!he,he..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...