BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, August 18, 2013

Singgang Ikan Aye


Tiap-tiap hari makan nasi minyak dan lauk berkari/berlemak sempena hari raya ini, rasa-rasanya agak jemu juga kan. Jadi kali ini, saya masak lauk singgang saja. Jom ikuti cara memasaknya :

1 ekor ikan aye/tongkol - saiz kecil.

Bahan Kuah :

5 ulas bawang putih - mayang
2 ulas bawang merah - mayang
1 inci kunyit hidup
1 inci  lengkuas muda
4 keping asam gelugur
air secukupnya

Cara memasak :
1. Satukan semua bahan + ikan  + garam + gula secukup rasa.

2. Masak sehingga kuah dan ikan masak. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih + sambal belacan + daun salad (sebagai ulam).

2 comments:

  1. masak singgang ni sama jugak ke dengan masak pindang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak berbeza tapi konsepnya sama iaitu rebus! Pindang tu letak halia dan serai. Singgang tak letak bahan2 tu.

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...