Artikel berkaitan
Wednesday, May 7, 2014
Sup Sayur Bebola Ikan Cendawan Enoki
Hari ini cuti umum sempena Hari Hol di negeri Pahang. Masa-masa cuti inilah, diambil peluang untuk masak. Menu simple tapi menyihatkan iaitu sup sayur. Jom ikuti bahan-bahannya...
Bahan sayur :
1 paket putik jagung ~ potong memanjang
1 batang lobak merah ~ potong nipis separuh bulat
3 batang sawi manis ~ potong
Bunga kobis ~ potong
2 bungkus bebola ikan
4 biji ubi kentang saiz kecil ~ potong dadu
Cendawan enoki
Bahan tumis :
4 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 labu bawang besar ~ mayang nipis
Bahan perasa :
1 kiub perasa ikan bilis knorr
garam dan gula
Air secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau, Masukkan air + ubi kentang + kiub ikan bilis + bebola ikan.
2. Setelah ubi kentang empuk, masukkan semua bahan sayur (kecuali cendawan enoki).
3. Akhir sekali masukkan cendawan enoki. Garam + gula secukup rasa. Tutup api setelah cendawan enoki sedikit layu. Siap untuk dimakan begitu saja atau dengan nasi putih panas. Selamat mencuba.
Labels:
sayur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
erm..sedapnyer..nanti nak cuba lah :)
ReplyDeleteMenu seimbang yg menyihatkan badan ni..x rugi cubalah masak :)
Deletesuka sup sayur!!
ReplyDeleteboleh meratah je kalau geram sangat..:p
Samalah kita..ratah gitu je sedapkan!
Delete