BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

BUBUR LAMBUK


Salam dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Hari ini, juadah untuk berbuka puasa ialah bubur lambuk. Bubur lambuk ini merupakan juadah yang mesti ada di bulan puasa ini, sama seperti manisan nekbat. Bubur lambuk ini versi terengganu kita! Lain negeri lain sedikit resipinya. Jom ikuti resipinya...

Bahan utama :
Beras (1 1/2 pot) basuh dan letak air penuh periuk
1 keping ikan tenggiri
Halia muda (hiris nipis)
Bawang besar (mayang)
Lada hitam (tumbuk hancur)
1 kiub pati ikan bilis
2 ikat ulam-ulaman bubur lambuk
Sos budu

Cara Masak :

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana, kecuali sos budu dan ulam-ulaman.
2. Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan tumbuk sampai lumat. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk bubur berkenaan. Kacau sehingga sebati.
3. Masak sehingga nasi bertukar menjadi bubur. Masukkan ulam-ulaman. Letak garam + gula  secukup rasa.
4. Tutup api bila bubur sudah pekat. Semasa nak hidangkan, tambahkan sos budu.

Sunday, December 9, 2012

Pulut durian

Musim buah-buahan tempatan telah membanjiri jualan buah di pasar pagi,pasar tani dan juga pasar malam. Raja segala buah iaitu buah durian menjadi tumpuan penggemarnya.
Ada yang gemar memakannya begitu sahaja atau dibuat crepe durian...menu terbaru dari buah durian.
Hari ini keluargaku dapat menikmati bubur durian yang dihantar oleh jiran di depan rumah. Yum...yum sedapnya. Alhamdulillah di atas rezeki hari ni :-)

Tuesday, August 16, 2011

Bubur Lambuk




Juadah yang sinonim dengan bulan puasa sudah tentulah bubur lambuk. Biasanya bubur lambuk ini mempunyai banyak versi mengikut tempat dan negeri. Ikutilah versi bubur lambuk tempat kelahiranku iaitu Terengganu.

Bahan-bahan :

11/2 cawan beras ~bersihkan
3 ikat sayur pucuk paku dll ~ ambil daunnya
2 keping ikan tenggiri (jenis ikan lain pun boleh)
1 - 2 inci halia muda ~ hiris nipis
1 - 2 labu bawang besar ~ mayang nipis
lada hitam ~ tumbuk hancur
1 sudu besar serbuk lada hitam (perasa)
garam + gula secukup rasa
air untuk memasak bubur

Cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan letak air secukupnya dan masak sehingga menjadi bubur.

2. Sementara itu, keluarkan ikan dan tumbuk sehingga hancur, masukkan semula ke dalam bubur.

3. Bila sudah empuk/menjadi bubur matikan api. Ok dah jadi pun bubur lambuk.

ps ~ boleh letak budu untuk menambahkan perisa bubur lambuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...