Sunday, June 11, 2017

BUBUR LAMBUK


Salam dan selamat menjalani ibadah berpuasa. Hari ini, juadah untuk berbuka puasa ialah bubur lambuk. Bubur lambuk ini merupakan juadah yang mesti ada di bulan puasa ini, sama seperti manisan nekbat. Bubur lambuk ini versi terengganu kita! Lain negeri lain sedikit resipinya. Jom ikuti resipinya...

Bahan utama :
Beras (1 1/2 pot) basuh dan letak air penuh periuk
1 keping ikan tenggiri
Halia muda (hiris nipis)
Bawang besar (mayang)
Lada hitam (tumbuk hancur)
1 kiub pati ikan bilis
2 ikat ulam-ulaman bubur lambuk
Sos budu

Cara Masak :

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana, kecuali sos budu dan ulam-ulaman.
2. Setelah ikan masak, keluarkan ikan dan tumbuk sampai lumat. Kemudian masukkan kembali ke dalam periuk bubur berkenaan. Kacau sehingga sebati.
3. Masak sehingga nasi bertukar menjadi bubur. Masukkan ulam-ulaman. Letak garam + gula  secukup rasa.
4. Tutup api bila bubur sudah pekat. Semasa nak hidangkan, tambahkan sos budu.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...