BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label puding. Show all posts
Showing posts with label puding. Show all posts

Friday, December 25, 2015

Puding Vico



Bahan-bahan :
1 paket agar-agar serbuk
1 tin susu sejat
750ml air
6 cb gula (jika tak nak manis boleh guna gula castor)
Vico secukupnya

Cara-cara memasak :

1. Letakkan agar-agar serbuk + air dalam periuk dan masak sehingga agar-agar larut.

2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula hancur.

3. Masukkan susu sejat. Kacau sehingga sebati dan mendidih sedikit. Tutupkan api dapur.

4. Masukkan vico secukupnya dan kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Sejukkan dalam peti ais. Sedapnya makan sejuk-sejuk.

Monday, June 29, 2015

Puding Coktail


Bulan-bulan puasa ni, rajinlah masuk dapur samada untuk menyediakan juadah berbuka atau menyediakan juadah pencuci mulut. Kali ini, sempat buat puding coctail. Nak resipinya, klik sini.

Puding ini sedap dimakan sejuk-sejuk. Jadi jika nak buat tu, elok dibuat di sebelah pagi. Jadi apabila nak berbuka tu, puding ini sudah sejuk setelah diletak dalam peti ais.

Selamat membuka dan menjamu selera dengan puding cok tail....

Masa nak makan tu, tuangkan sirap coktailnya..

Sunday, September 8, 2013

Puding Taufufa Fruit Coktail



Puding ini diberi nama puding taufufa kerana warnanya yang seakan-akan taufufa....putih susu.
Puding ini boleh disediakan segera untuk tetamu yang bertandang sebagai hidangan pencuci mulut. Dalam masa 3 -4 jam sudah boleh dihidangkan. Jika tetamu itu datang sebelah petang, bolehlah disediakan sebelah paginya. Puding ini enak dimakan semasa sejuk ...  dikeluarkan dari peti sejuk!

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar serbuk (10 gram)
3/4 cawan gula
2000 ml air (8 cawan air)
1 tin susu sejat cair
1 tin fruit coktail

Cara memasak :

1. Masukkan agar-agar + gula + air dalam periuk = masak atas dapur sehingga mendidih dan gula larut.

2. Masukkan susu sejat cair = masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

3. Tuangkan ke dalam adunan. Tunggu puding keras, kemudian taburkan fruit coktail beserta airnya. Sejukkan dalam peti ais. Siap untuk dimakan.


Wednesday, September 12, 2012

Puding Oreo Bercoklat

Sebelum menyambung semula pelajarannya di UM, chef aiman sempatlah membuat sejenis puding iaitu puding oreo bercoklat. Sebenarnya, semua bahan puding ini saya dah beli awal-awal kononnya nak buat time puasa hari tu. Tapi niat tu tinggal niat...tak terbuat pun!

Nasib baik chef aiman tolong buatkan...dan tak kempunanlah adik-adiknya nak merasa puding oreo ini. Sedap tak terhingga, terutama bila makan sejuk-sejuk dan paling menyamankan bila biskut oreo ini 'melt' dalam mulut. Bahagianya lah....:)

Nak tahu resipinya, jangan segan-segan klik link di bawah ya....

Tuesday, August 28, 2012

Puding buih cappuccino

 

Sejak angah bercuti sementara menunggu masuk ke universiti pada 2 September ini, ada-ada aje hidangan yang dimasak oleh angah. Untung maknya...tunggu makan je....he,he,he! Jangan jeles ya..

Kali ini, angah buat puding cappuccino yang diubah suaikan daripada puding buih yang asli. Nak lihat resipi puding buih asli ni, sila klik sini. Untuk  resipi puding buih cappuccino ini pula, sila ke link berikut :
 

Monday, February 13, 2012

Puding durian belanda


Puding durian belanda ini dibuat oleh along. Sedap juga rasanya seperti ais krim durian belanda pun ada! Nak tahu rasa sebenarnya, cubalah buat. Ramai juga berpendapat, durian belanda boleh mengurangkan risiko kanser! Nak tahu resipinya, sila klik sini

Sunday, October 9, 2011

Puding Taufufa







Semalam jiran depan rumah ada hantar nasi dagang pulut hitam. Jadi sebagai membalas bekasnya, aku pun selongkarlah almari mencari bahan buat puding. Nasib baik semua bahan ada, jadi terus saja aku memasak puding ini ~ yang memang digemari oleh kami sekeluarga.



Bahan-bahan puding :

1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
1 1/2 sudu besar gula
6 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat

Bahan kuah puding :

1 tin fruit cocktail*
1 tin air (guna tin fruit cocktail)
3 - 4 sudu besar gula

Cara membuat puding :

1. Masakkan agar-agar serbuk + gula + air sehingga mendidih.

2. Masukkan susu cair + susu pekat
. Masak lagi sehingga mendidih. Tutupkan api. Letak dalam acuan. Biarkan sejuk.

Cara membuat kuah puding :

1. Ambil air fruit cocktail + air + gula > masak sehingga mendidih.

2. Sejukkan.

p.s. sedap dimakan apabila puding dan kuahnya sejuk (letak dalam peti ais)




* boleh ganti dengan buah-buahan dalam tin dari jenis yang lain

Saturday, August 20, 2011

Cheese Pudding





Hari ini buat cheese pudding untuk pencuci mulut
berbuka puasa petang ini. Mula-mula tengok cheese pudding ini dari blog secubit garam. Tapi buat versi asal je dari blog Homekreation. Itupun saya ubahsuai sikit sukatannya. Jom ikuti resipinya ....

Bahan-bahan:

10g serbuk agar-agar(1 paket)
1 liter air (4 cawan)
100g gula (4 sudu besar)
3 biji telur
100g biskut cheese - blend halus
1 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
100g susu pekat (4 sudu besar)
50g mentega/marjerin (4 sudu besar)

Cara membuat puding:

1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata + campurkan biskut + tepung kastad. Masukkan susu dan kacau sebati.

3. Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.

4. Tuang ke dalam tin/acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum dihidangkan.

Sumber~Secubit garam:Puding keju
Resipi asal : HomeKreation:Cheese Pudding

Saturday, August 13, 2011

Puding Cocktail



Asal nama puding ini ialah puding tauhu tapi memandangkan apabila disebut puding tauhu, Wani, Ira dan Syu tak mahu makan puding ini sebab mereka tidak suka tauhu. Jadi untuk menarik perhatian mereka, saya pun ubah nama puding ini kepada puding cocktail.




Bahan-bahan puding :

1 paket serbuk agar-agar (10 gram) ~warna oren
1 1/2 sudu besar gula
6 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
secubit garam
sedikit pewarna kuning telor

Bahan kuah puding :

1 tin fruit cocktail
1 tin air (guna tin fruit cocktail)
3 - 4 sudu besar gula

Cara membuat puding :

1. Masakkan agar-agar serbuk + gula + air sehingga mendidih.

2. Masukkan susu cair + susu pekat + garam + pewarna kuning telor. Masak lagi sehingga mendidih. Tutupkan api. Letak dalam acuan. Biarkan sejuk.

Cara membuah kuah puding :

1. Ambil air fruit cocktail + air + gula > masak sehingga mendidih.

2. Sejukkan.

p.s. sedap dimakan apabila puding dan kuahnya sejuk (letak dalam peti ais)

Resipi ini diubah suai dari blog secubit garam:puding tauhu


Tuesday, July 12, 2011

Puding Karamel TM


Semenjak TM (tok ma) duduk sekali di rumah, anak-anakku berpeluang merasa masakannya. Mul-mula sekali, tok ma masak puding karamel apabila tok ma tahu cucu-cucunya suka makan puding ini. Rupa-rupanya mudah aje membuat puding karamel ini...ikutilah resipinya.

Bahan-bahan puding:

10 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
4 sudu gula

~semua bahan dicampur dan disebatikan.

Gula hangus~ 4 sudu besar gula diletakkan dalam acuan dan panaskan di atas dapur menggunakan api sederhana. Bila kekuningan angkat,biarkan sejuk. Kemudian masukkan bahan-bahan pudingnya. Kukus selama 15 minit~siap untuk dimakan (masukkan ke dalam peti sejuk lagi sedap!)

Sunday, March 20, 2011

Puding Gula Hangus

Bukan adik-adik Angah saja yang sibuk dengan aktiviti masing-masing, Angah pun tak terkecuali. Cuti sekolah ni, Angah sibuk betul mencuba masakan yang belum dimasaknya.



Hari Sabtu (19.03.11), Angah sibuk di dapur membuat puding gula hangus yang terkenal dengan nama puding karamel. Nak tengok resipinya, klik aje disini

Saturday, September 18, 2010

Puding Buih


Bahan-bahan puding:

4 biji telor gred A
1 bungkus agar-agar
3/4 cawan gula

Cara memasak:

1. Cairkan agar-agar (letak air sedang2),masak atas dapur~api sederhana,kacau hingga agar2 hancur,kemudian masukkan gula.Tutup api setelah gula larut.Sejukkan~suam masukkan dalam telor.

2.Sementara agar2 dicairkan, pukul telor sehingga kembang~masukkan agar2 sedikit demi sedikit sehingga habis.......tuang dalam acuan puding,sejukkan dalam peti ais.


Bahan-bahan kuah puding:

1 tin susu manis (tak kira cap apa)/1 tin susu sejat (masukkan gula)
4 sudu besar custard (jika mahu pekat~tambahkan custard)

Cara membuatnya:

1.Cairkan susu manis ~ ikut kemanisan masing-masing, guna periuk.

2.masukkan custard yg dibancuh dengan air sejuk ke dalam adunan susu, panaskan atas dapur sehingga agak pekat......angkat dan sejukkan.


*sedap dimakan bila sejuk dan dicampurkan fruit cocktail atau buah pic....selamat mencuba*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...