BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Sotong Masak Merah

Masakan pertama yang dimasak untuk along yang baru je balik dari Adelaide, Australia ialah sotong masak merah. Ini merupakan menu kegemaran utama along dan adik-adiknya. Termasuk aku juga.....hehehe

Jika nak lihat resipinya, silalah klik sini


Friday, October 19, 2012

Sotong Bakar

 Nak dapatkan resipi rempah ikan bakar ini, sila klik gambar di atas..

Masih ingat lagi tentang ikan pari bakar yang saya masak baru-baru ini. Memandangkan masih terdapat rempah ikan bakarnya yang lebih dan saya simpan di dalam peti ais jadi bila berpeluang membuat sotong bakar tu, terus je bakar sotongnya (buang lebihan air sotong) dan letak rempah ikan bakar ini. Anak-anak gemar yang amat bila makan sotong bakar ini panan-panas dengan nasi putih panas....bertambah-tambah nasinya!
 

Friday, August 10, 2012

Singgang sotong berlengkuas

Salam ramadhan. Hari ini sudah memasuki penghujung ramadhan iaitu 21 ramadhan. Begitu cepat masa berlalu..dan di akhir-akhir ni masak pun yang simple-simple je. Tambahan pula kami sekeluarga diserang demam selsema...selera makan tu nak yang masam dan berair.
Oleh itu, petang ini saya masak singgang sotong berlengkuas. Resipinya sama seperti sup ayam lengkuas yang saya postkan sebelum ini. Cuma ayam digantikan dengan sotong. Tak tahulah sedap ke tak sebab first time masak. Tapi sup ayam lengkuas tu sedap...bolehlah cuba masak..gerenti puas hati!

Monday, December 12, 2011

Ketupat Sotong





Ini merupakan masakan kegemaran kami sekeluarga. Masak 2 - 3 kilo pun boleh habis dalam sekelip mata je,tambah-tambah bila makan masa panas-panas lagi! Jom ikuti cara memasaknya.

Bahan utama :

Sotong ~ 15 ekor (saiz sederhana)
Beras pulut ~ rendam dengan santan + halia + halba
lidi (cucuk sotong)

Bahan kuah :

Santan (RM4.00)
1 labu bawang besar ~ mayang nipis
Halia ~ hiris halus
Halba ~ 10 - 15 biji
air secukupnya

Cara memasak :

1. Sotong diisi dengan beras pulut (isi 3/4 saja) + cucuk lidi dihujungnya supaya pulut tidak terkeluar semasa dimasak.

2. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk + sotong + air > masak di atas api sederhana. Angkat setelah kuah agak pekat. Tak perlu letak garam sebab sudah masin.

Monday, October 17, 2011

Sotong goreng kunyit limau purut



Masakan minggu ini masih berkisar tentang masakan makanan laut. Kali ini, atas permintaan si bungsu, Syu yang mahu makan sotong goreng kunyit....jadi hari ini aku buat sotong goreng kunyit limau purut. Sedap juga rasanya, ala-ala tomyam gitu. Jom cuba, mudah dan ringkas juga penyediaannya...:)


Bahan utama :

5 ekor sotong ~potong bulat (gaul dengan kunyit serbuk + garam : goreng sekejap)

Bahan tumis :

3 ulas bawang putih ~ tumbuk kasar

3 tangkai cili padi ~ tumbuk kasar

2 sudu besar bawang kisar

4 helai daun limau purut

1 labu bawang besar (mayang bulat)

Sedikit air dan serbuk kunyit

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumis (kecuali daun limau purut dan bawang besar) sehingga garing.

2. Masukkan daun limau purut + air + serbuk kunyit. Kemudian masukkan garam + gula secukup rasa.

3. Masukkan sotong + bawang besar. Masak sehingga bawang besar sedikit layu, kemudian angkat.

Tuesday, October 11, 2011

Seafood Tomyam







Hujung minggu lepas, masak menu masakan lauk lagi iaitu seafood tomyam.Jom layan resipinya...


Bahan utama
~ 15 ekor udang (buang kulit) dan 3 ekor sotong (potong bulat) serta 1 paket bebola ikan* dan 1 paket cendawan tiram*

Bahan sayur ~ Lobak merah, putik jagung, bunga kobis dan tomato

Bahan pelengkap :

2 labu bawang besar (saiz besar) ~ potong bulat
2 batang serai ~ ketuk sedikit
8 - 10 tangkai cili padi ~ belah dua (kurangkan jika tak suka pedas)
2 paket pes tomyam (merah)
3 helai daun limau purut
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)

Cara memasak :

1. Masukkan pes tomyam dalam periuk, sayur (kecuali tomato), dan bahan pelengkap (keculi jus limau). Letak air searas sayur atau lebihkan sedikit. Letak garam dan gula secukup rasa.

2.
Bila dah mendidih masukkan bahan utama. Masak sekejap sehingga mendidih, masukkan tomato dan tutup api.
Perahkan jus limau + sebatikan.

* pilihan jika suka letak :)

Friday, August 19, 2011

Tomyam Seafood







17 Ogos,2011


Hari ini cuti umum bagi menyambut Hari Nuzul Quran. Saya mengambil peluang ini mencari baju raya untuk wani, ira dan syu di ECM. Sebelum pulang, singgah kat kedai beli bahan-bahan untuk buat tomyam seafood yang diminta buat oleh wani,ira dan syu. Hidangan ini juga mudah dan seimbang juga. Jom layan....

Bahan utama ~ 15 ekor udang (buang kulit) dan 5 ekor sotong (potong bulat) serta 1 paket bebola ikan (tak letak pun tak apa) dan 1 paket cendawan tiram (ini tak letak pun tak apa)

Bahan sayur ~ Lobak merah, putik jagung, bunga kobis dan tomato

Bahan pelengkap :

3 labu bawang besar (saiz kecil) ~ potong bulat
2 batang serai ~ ketuk sedikit
10 tangkai cili padi ~ belah dua (kurangkan jika tak suka pedas)
3 paket pes tomyam (merah)
3 helai daun limau purut

Cara memasak :

1. Masukkan pes tomyam dalam periuk, sayur (kecuali tomato), dan bahan pelengkap. Letak air searas sayur atau lebihkan sedikit. Letak garam dan gula secukup rasa.

2. Bila dah mendidih masukkan bahan utama. Masak sekejap sehingga mendidih, masukkan tomato dan tutup api.




Sunday, July 17, 2011

Sotong Masak Merah TM


Ini merupakan kali kedua tok ma masak sotong masak merah ketika berada di rumahku. Sebenarnya masakan sotong masak merah ini merupakan kegemaran kami sekeluarga termasuklah tok ma. Tok Ma suka sangat makan sotong di Kuantan ini sebab tidak liat seperti sotong di Kuala Terengganu!

Jika nak tahu resipinya, klik aje di sini...

Tuesday, May 24, 2011

Sotong Masak Kunyit


Bahan Utama :

1 kg sotong~potong bulat (gaulkan dengan serbuk kunyit)

Bahan Tumis :

1 labu bawang besar (mayang)
5 tangkai cili padi (hiris halus)

1 camca tepung jagung (memekatkan kuah)

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang dan cili padi sehingga garing.

2. Masukkan sotong yang telah diperap dengan serbuk kunyit. Masak 5 hingga 7 minit sahaja. Letakkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya, kemudian angkat.

nota~jangan masak sotong terlalu lama kerana ini akan menyebabkan sotong menjadi liat.

Sunday, May 22, 2011

Menu Ringkas Untuk Disediakan.


Ahad, 22 Mei, 2011
2.00 petang

Hari ini merupakan minggu terakhir kami menikmati makan tengahari bersama-sama dengan Angah. Almaklumlah mulai minggu hadapan, angah akan memulakan pelajarannya di Asasi Sains, Universiti Malaya.

Menu yang disediakan hanyalah menu ringkas dan tidak mengambil masa lama untuk menyediakannya. Dalam tempoh 1 jam, semua masakan itu telah siap dimasak! Ikutilah menunya (lihat gambar) :

1. Sotong masak kunyit
2. Kangkung goreng belacan
3. Singgang kepala ikan tongkol
4. Tenggiri goreng berempah

Resipinya akan diupdate kemudian!

Friday, November 5, 2010

Sotong Masak Merah

Masakan sotong masak merah ini merupakan menu kegemaran utama anak-anakku terutamanya along. Setiap kali membuat menu sotong masak merah ini, pastinya aku teringat kepada alongku yang kini berada di hemisfera selatan...jauh je bunyinya! Baiklah kita ikuti resipi membuat menu ini.

Bahan-bahannya :

6 ekor sotong (saiz sedang)~potong bulat-bulat
4 camca besar bawang kisar
4 camca besar cili boh
1/4 keret gula melaka
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 camca besar gula
3 camca besar minyak masak


Cara memasak :

1. Masukkan sotong dalam kuali dan semua bahan (kecuali minyak masak) dan gaul sehingga sebati. Masak sotong ini menggunakan api sederhana.

2. Setelah kuah sotong agak pekat (lebih kurang 20 minit), masukkan minyak masak. Gaulkan hingga sebati, kemudian angkat.

nota : saya tak letak garam sebab sotong ini sudah masin~bergantunglah kepada selera masing-masing!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...