Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, November 28, 2010

Sirah Pilihan~Baju Buruk Abu Bakar

Ketika membaca artikel ini, hatiku tersentuh dan hampir menitiskan air mata! Jadi aku rasa ada baiknya aku kongsikan artikel ini bersama rakan blogger agar boleh dijadikan panduan/pedoman kita dalam bersahabat. Artikel ini aku petik dan ubahsuai daripada majalah dara.com, edisi 68, Feb,2008.

Khalifah pertama, Abu Bakar as-Siddiq merupakan sahabat akrab Rasulullah s.a.w dan melalui banyak pengalaman suka-duka bersama-sama. Ketika beliau jatuh sakit dan berasakan saat kematiannya hampir tiba, Aisyah Humairah, puteri kesayangannya sentiasa setia di sisi ayah tercinta.

Aisyah : Ayah, biar saya panggilkan tabib ya?

Abu Bakar : Tidak payahlah, ayah sudah berjumpa 'tabib'

Fahamlah Aisyah siapa yang dimaksudkan 'tabib' oleh ayahandanya.

Aisyah : Apa katanya ayah?

Abu Bakar : Kata tabib itu, dia akan lakukan apa sahaja yang dia inginkan.

Aisyah mengangguk tanda maklum akan maksud tabib itu. Aisyah mengerti detik ajal ayahnya sudah tiba dan berasa amat sedih.

Aisyah : Ayah, dengan kain apa harus saya balut tubuh ayah nanti?

Abu Bakar : Aisyah, tutuplah badanku dengan bajuku ini yang selalu aku pakai semasa aku bersolat bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w.

Aisyah : Tapi baju itu sudah buruk, ayah. Biarlah saya belikan yang baru.

Abu Bakar : Jangan, baju baru lebih layak bagi orang yang hidup daripada dipakai oleh orang yang mati.

Begitulah pesan Abu Bakar kepada anaknya. Beliau lebih menyukai baju buruknya kerana ia menyimpan banyak kenangan ketika Rasulullah s.a.w masih hidup. Abu Bakar meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Moral Sirah ~ Sahabat sejati adalah kurniaan dunia yang amat mahal sekali. Beruntung jika kamu mendapat sahabat yang serasi, apatah lagi jika dia berperibadi mulia seperti Rasulullah s.a.w. Kehadirannya dirai,kepergiannya ditangisi dan dirindui. Oleh itu, jadilah teman yang terbaik dan hargailah sahabat yang sejati!

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak, sebab sudi berkongsi.. Agar kita dan rakan2 blogger yg lain, walaupown xpernah jumpa, tp kita mesti menjadi sahabat yg baik.. Entri yg menarik..

    ReplyDelete
  3. Fizzo~sama2lah kita mengingati supaya dpt menjadi sahabat sejati walau dimana kita berada.

    ReplyDelete
  4. hmm..btol2, sahabat sejati adalah kurniaan yg precious sekali..

    ReplyDelete
  5. ye kak.. susah nk cari kawan sejati..
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  6. has~seorang sahabat sejati ibarat mutiara di lautan yang luas!

    nur ~ memang kawan sejati sukar dicari,tapi bila dah berjumpa pasti tidak mahu dilepaskan!

    ReplyDelete
  7. lupe pulak nak gitau..skang beza 7 jam swiss ngan malaysia..

    boleh je akak nak letak blog has kat blog contest..

    ReplyDelete
  8. betul tu akak..
    semoga ukhwah yg terjalin antara kita rakan blogger kekal slamanya ^^

    mp3 mashimaro free!!

    ReplyDelete
  9. cerita nih penuh dengan pengajaran, kalau siapa bacathen tak faham gak mmg tak tahu lah nak cakap ape lagi, :)

    ReplyDelete
  10. Enna~semoga membawa manfaat kpd semua

    ReplyDelete
  11. ada spesel entri utk akak..publish jam 8 pagi nanti.. ;)

    ReplyDelete
  12. has~tqvm buat special entry utk blog kak!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)