Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, March 21, 2011

Kacang botol goreng udang baring!

Glamernya nama resipi kali ni. Sebenarnya nama udang baring tu diberi oleh keluargaku untuk udang kering! Jom ikuti resipinya....




Bahan-bahannya:

Kacang botol~hiris nipis-nipis
1 labu kecil bawang besar~mayang halus
5 biji cili padi~hiris halus-halus
3 ulas bawang putih~mayang halus
segenggam udang baring!

Cara membuatnya:

1. Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan udang baring dan kacang botol, goreng lagi sehingga agak layu...ohh jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. Ok, dah siap...sedap dimakan bersama-sama telur itik masak lemak cili padi.

4 comments:

  1. wah sedap nih! Tp somi sy tak mkn udang kering nih alergi.. Udang pun leh main kona baring lagi ek hihi...

    ReplyDelete
  2. shimasalleh~tak pe,tukar je letak bilis,ok jugak...still sedap! Tu lah, konar baring tu..he,he..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)