Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, September 23, 2012

Ijab Termakbul di Steel Mosque


 
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
diambil dari blog majestad

Masih ingat lagi entri terdahulu saya iaitu pelamin berkonsepkan cinderela, entri kali ini  masih berkisar tentang perkahwinan anak saudara suami saya iaitu tempat akad nikah yang dipilih oleh pengantin. Lokasi tersohor ketika ini yang menjadi pilihan pengantin untuk melangsungkan akad nikah ialah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga terkenal dengan nama Masjid Besi (Steel Mosque). Lokasinya di Presint 3, Putrajaya.

Masjid ini dipanggil Masjid Besi kerana 70% (6,000 tan keluli) pembinaannya terdiri daripada baja keluli.  Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya. Sumber : Wikipedia Ensiklopedia.

Dari masjid ini, kita boleh melihat tersergam indah jambatan Putrajaya.


Landskap luar Masjid Besi ini juga dilengkapi dengan air pancuran yang menyejukkan mata..


 Sebelum pulang, dermalah seikhlasnya di tabung ini, semoga sedekah kita diterima Allah...amin.



  

6 comments:

  1. Nikah kat mana-mana pon sama je. Tapi tulah, disebabkan nikah nie pon sekali seumur hidup. Mestilah nak buat tempat yang best sebagai kenang-kenangan di kemudian hari.

    ReplyDelete
  2. memang cantik dan indah


    ayu ada anak saudara yang sedang mmebersar di selangor.. harap2 kalau dia ada jodoh.. moga nikahnya dimasjid ini juga

    saya berkenan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalam teratai..belum melihat yang realiti..cuma dapat melihat gambar..masjid yang selalu disebut..

    ReplyDelete
  4. mama ada lalu kat masjid ni..adik stay kat putrajaya..tapi tak pernah masuk masjid yg ni..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)