BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, March 8, 2011

Punca-punca Pencemaran Bau




Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekirannya. Bau yang busuk dan menjijikan menyukarkan pernafasan. Udara tercemar dan mengganggu aktiviti harian penduduk.

Antara punca-punca pencemaran bau ialah

~dari kawasan pelupusan sampah
Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk dan ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

~dari kawasan penternakan ayam
Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi!

~dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan
Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

~dari aliran parit yang tersumbat
Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

~dari sikap pengguna
Penggunaan tandas tanpa usaha untuk menjaga kebersihannya juga menyebabkan berlakunya pencemaran bau. Sikap pelajar yang menyerahkan tugas membersihkan tandas kepada pekerja swasta di sekolahnya menyebabkan mereka tidak menjaga kebersihan tandas selepas menggunakannya.


10 comments:

  1. cari pencemaran juga boleh menimbulkan tekanan :(

    ReplyDelete
  2. sokong ferry..stress..!

    ReplyDelete
  3. boleh x kalau saya nk maklumat lebih tntang kesan pencemaran bau terhadap persekitaran. penat saya mncari tpi xjmpa .. :(

    ReplyDelete
  4. -_- Mane langkah mengatasi nya ?

    ReplyDelete
  5. Ok latu orang susah payah buat kajian tentang pencemaran, yg lain Cari la d Laman sesawang lain atau usaha sendiri

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...