Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, May 2, 2011

Mee Hoon Rebus


Hari ini merupakan cuti umum (menggantikan hari 1 Mei yang jatuh pada hari Ahad), jadi aku pun mengambil kesempatan menyediakan sarapan pagi untuk keluarga tercinta. Oleh kerana angah mahu makan mee hoon rebus yang biasa aku masak masa angah dan along kecik-kecik dulu, jadi aku pun masaklah pagi ini. Resipinya mudah aje, dalam tempoh 10 hingga 15 minit boleh siap. Orang bujang pun boleh buat mee hoon rebus ini, mudah dan cepat!

Ikuti resipinya :

Mee Hoon yang dicelur dalam air panas sehingga lembut
Isi daging ayam yang dipotong dadu
5 biji telur ayam (bergantung kepada berapa orang nak makan)
1/4 labu bawang besar ~ mayang nipis
4 ulas bawang putih ~ hiris halus
sedikit cuka
minyak untuk menumis
2 gelas air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih dan bawang besar, tumis sehingga garing, kemudian masukkan isi daging.

2. Masukkan air, cuka, garam dan gula secukup rasa. Masukkan telur satu persatu. Bila kuah dah mendidih masukkan mee hoon. Ok dah siap untuk dimakan.

Sedap dimakan bersama sos kicap + cili padi dipotong halus

7 comments:

  1. ohhhh...sy sangat suka kalau meehon macam ni.....sedap ! selalu gak buat macam ni

    ReplyDelete
  2. Ini makanan kegemaran saya...sup atau rebus...

    diet..diet..diet

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan... cantik blog ni.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  4. waa..sodap ni..saya suka taruk sambal kicap pedas banyak2..nyum..nyum..

    dah klik hb..

    Blogshop kami :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS GA

    Belog kami :Notre Belle Histoire

    ReplyDelete
  5. farah~sedap mkan panas2!

    KH~he,he...sorry dah habis

    sonata~yes2,sedap!

    Cikgu CTE~sihat utk diet juga!

    Zuwairi~dah gi pun ke blog adik!

    Has~lagi pedas lagi sedapp....

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)