Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, August 5, 2011

Ikan Goreng Resipi Chek

Masa aku kecik-kecik dulu, aku sering makan ikan selar goreng yang berwarna hitam! Rasanya memang sedap apabila digoreng garing-garing. Jadi apabila ma duduk kat rumahku tempoh hari, aku pun bertanya kepada ma apa bahan yang digunakan chek untuk ikan gorengnya yang memang sedap itu. Ikutilah resipinya ......

Bahan gorengan:

Air asam jawa (pekat)
2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
garam,gula dan kunyit secukupnya
sedikit belacan (jika suka)

Cara membuatnya :

1. Sebatikan bahan gorengan kemudian sapu ke atas ikan (apa-apa jenis ikan ~ aku guna ikan cencaru).

2. Goreng dalam minyak yang panas (deep fry). Bila dah garing~angkat. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

Resipi cencaru goreng berlada

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)