BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Turun Temurun!

Resipi asal nasi ayam ini merupakan resipi yang diwarisi daripada tok ma. Cara memasaknya amatlah mudah. Bahan yang paling penting ialah ayam, bawang putih dan halia. Di sini saya titipkan resipi nasi ayam yang dibuat oleh along....

Nasi Ayam Simple

Bahan-bahan

Beras (4 pot)
1 ekor ayam (potong)
5-7 cm halia (mayang)
10-12 ulas bawang putih (mayang)
3 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
Limau kasturi~ saya ganti guna cuka
Salad
Tomato
Timun
Kicap cair
Gula
Garam
Air

Cara-cara

Sup
1. Letak air menutupi ayam dalam periuk (air lebih sikit tape)
2. Letak semua halia dan bawang putih.~ lebihkan halia
3. Masak atas dapur sehingga gelegak dan ayam masak.
4. Perasakan dengan garam.~ dan sedikit gula
5. Keluarkan ayam.

Nasi
1. Basuh beras seperti biasa.
2. Letak separuh air masak, separuh air rebusan ayam+halia+bawang putih yang di masak untuk sup.
3. Titikkan 2-3 titik pewarna kuning. Gaul rata.
4. Masak nasi.

Sambal lada
Kisar lada besar, cili padi, perahan limau, gula (2 sudu) serta garam; dan sedikit sup+halia+bawang putih.
~ letak 2 sudu kecil cuka (ganti perahan limau)


Ayam
1. Gaul ayam dengan kicap cair.
2. Goreng.

Sayur
Basuh & potong.

Ohh dah siap! Hehe :)


ps ~tulisan bewarna coklat yang saya ubah dan letak dalam masakan nasi ayam saya

8 comments:

  1. salam, setakat ni bulan posa belum lg mkn nasi ayam tp baca entri ni rasa nk mkn pula..

    ReplyDelete
  2. Pakcik Botak~nak uji iman tu, he,he...

    ReplyDelete
  3. Hanez~membuka selera, sbb rasa sosnya yg pedas manis gitu, cubalah!

    ReplyDelete
  4. ehem2.nasi ayam dah 2 kali mkn masa bulan pose ni.haaa ada lagi satu resepi, ayam tu perap dgn kicap manis + madu. Sodaaaapppp.hee :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Rasa macam nak buat nasik ayam lah minggu ni. :)

    ReplyDelete
  6. Merah~terima kasih share resipi ayam +kicap manis+madu...akan cuba nanti!

    ReplyDelete
  7. s820~good..teruskan niat tu,ada kelainan sikit bbanding nasi putih je tiap2 kali bbuka!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...