Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Tuesday, August 9, 2011

Tenggiri Masak Kicap Halia


Resipi ini juga merupakan masakan yang digemari anak-anakku. Cuma kali ini, ditambah sayur kacang panjang dan lobak merah supaya menjadi hidangan seimbang. Ikutilah resipinya...

Bahan utama ~ 1 keping ikan tenggiri yang dipotong 6 bahagian kecil (goreng setelah dilumur dengan garam)

Bahan sayur :

10 batang kacang panjang (potong 1 inci panjang)
1 batang lobak merah (potong 1 inci panjang)

Bahan kuahnya:

3 ulas bawang putih ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang sederhana
1 inci halia ~ hiris halus
5 tangkai cili padi ~ belah dua
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram cendawan
sedikit air asam jawa
1 cawan air

Cara memasak :

1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi sehingga garing.
2. Masukkan kicap manis, kicap masin, sos tiram cendawan, asam jawa dan air. Letak gula secukup rasa.
3. Bila kuah agak pekat, masukkan ikan dan sayur. Masakkan sehingga sebati (2 - 3 minit aje).
Siap untuk dimakan.

p.s ~ tak perlu letak garam sebab sudah masin!

2 comments:

  1. akak, sedapnyaaaaa.. aduii.. mcm nak makan lagila..

    ReplyDelete
  2. Farah~hi,hi...silakan menjamu selera tp ingat berhenti sebelum kenyang!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)