Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, September 24, 2011

Halangan Pinggir laut Terhadap Kegiatan Manusia



pinggir laut yang berbatu


Antara halangan kawasan pinggir laut terhadap kegiatan manusia ialah

~ Hakisan Ombak
Kejadian hakisan ombak berlaku dengan giat di kawasan pinggir laut/pantai yang berbatu (seperti gambar di atas). Hakisan ombak yang kuat akan menghasilkan bentuk bumi pinggir laut yang berteluk. Kawasan pinggir laut berteluk yang berbatu tidak sesuai untuk dijadikan pelabuhan kerana berbahaya kepada kapal-kapal untuk berlabuh.

~ Tebing Curam
Pantai yang dibelakangi tebing tinggi juga menimbulkan risiko kepada pengunjungnya. Keadaan yang bertebing curam,boleh menimbulkan suasana bahaya ketika aktiviti seperti 'jungle tracking' dijalankan terutama ketika waktu selepas hujan kerana laluan yang licin! Pembinaan hotel juga terhalang kerana melibatkan kos yang tinggi berbanding pembinaan hotel di kawasan tanah pamah.

~Ombak Bergelora dan Angin Kencang
Ketika tiupan angin monsun timur laut (November hingga Mac) yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) menyebabkan keadaan ombak bergelora dan angin kencang. Situasi ini tidak selamat bagi aktiviti beriadah atau bersukan air seperti ski air, berenang (mandi manda di laut) ataupun berkelah. Pelancong juga tidak digalakkan mengunjungi kawasan pinggir pantai ketika ini.

Pada waktu ini juga, kegiatan perikanan tidak dapat dijalankan. Kebanyakan nelayan menjalankan aktiviti membaiki jala yang rosak bagi mengisi masa yang terluang atau mencari kerja sampingan yang lain.

~Berpaya dan Berlumpur
Di sesetengah kawasan pinggir laut yang berpaya dan berlumpur boleh mencacatkan keindahan semulajadi pinggir pantai. Keadaan menjadi semakin teruk apabila air kumbahan hotel dan kawasan perniagaan mengalirkannya ke sungai yang berhampiran. Ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air laut. Kesannya, kawasan pinggir laut tidak lagi selamat kepada pengunjung. Mereka boleh terdedah kepada penyakit gatal-gatal (penyakit kulit) selepas mandi manda di pinggir pantai yang airnya telah tercemar!

Pencemaran air laut juga boleh mengancam hidupan akuatik. Kepupusan hidupan akuatik seperti ikan, udang dan sotong boleh menjejaskan punca pencarian nelayan yang tinggal di pinggir laut.

6 comments:

  1. org tua2 salu pesan jgn buat rumah di pesisir pntai..hehe..kalaw takut dilambung ombak..

    ReplyDelete
  2. buat umah tepi pantai tp atas bukit...ngeh2

    ReplyDelete
  3. halangan yg batu tu,,,, ade 1 lagi fungsi yg aku penah "ternampak" port maksiat.... huhuhu selit celah2 batu besar... erhhhh :)

    ReplyDelete
  4. khairul ~zaman sekarang rumah tepi laut yg dicari-cari, harga pun mahal!

    ReplyDelete
  5. sengat~inilah yg x mahu ditengok ....gejala sosial yg meruntuhkan akhlak muda mudi!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)