Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 10, 2011

Ketam Masak Merah


Ketam antara makanan laut yang mengandungi kadar protein yang tinggi. Oleh sebab itu, aku diberi makan sup ketam ketika mengidap demam denggi, bertujuan meningkatkan platelet darahku. Resipi kali ini bukan sup ketam, tetapi ketam masak merah. Mari ikuti resipinya...

Bahan utama ~ 4 ekor ketam (saiz sederhana);bersihkan dan potong dua

Bahan kuahnya :

4 sudu besar bawang kisar
4 sudu besar cili boh
1 mangkuk kecil air asam jawa
1/4 keping gula melaka/nesan
minyak secukupnya

Cara memasak :

1. Letakkan ketam dalam kuali + bahan kuahnya (kecuali minyak).

2. Masak sehingga kuah agak pekat, kemudian masukkan minyak. Sebatikan > angkat.


* tidak perlu letak garam sebab ketam sudah masin!

2 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)