Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, November 19, 2011

Ayam Masak Bermadu!

Ayam bermadu tak pe, jangan orang bermadu! Merana badan oooi! Minta dijauhkan....
Ok berbalik kepada tajuk resipi ini, sebenarnya pertama kali buat guna ayam. Sedap juga...hai masuk bakul angkat sendirilah pulak! Tak caya, cuba buat sedap bangat tau...


Bahan utama ~ 1 ekor ayam (potong kecil) : lumur garam + kunyit = goreng separuh masak.

Bahan-bahan kuah :

4 ulas bawang putih + 1 inci halia = tumbuk halus

2 sudu besar serbuk kari

2 sudu besar serbuk lada (boleh ganti dengan cili giling)

2 sudu besar tomato puree

1 sudu kecil madu

1 sudu kecil gula merah (brown sugar)

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Bahan pelengkap:

1 labu bawang besar (mayang besar)

1 biji ubi kentang (potong kecil)


Cara-cara memasaknya:

1. Tumis bawang putih + halia sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari + serbuk lada + air sedikit > masak rempah sehingga garing.

2. Masukkan air selebihnya + tomato puree + madu + gula + garam + ubi kentang > masak sehingga ubi kentang empuk.

3. Akhir sekali masukkan ayam + bawang besar. Sebatikan 2 - 3 minit. Kemudian angkat.

2 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)