Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, January 23, 2012

Udang masak lemak cili padi


"Sedap mak", puji along dan ira. "Pedas giler", kata Wani. "Memanglah pedas masak lemak cili api tu, itupun mak letak sikit je ladanya..."kata aku pula.Tapi yang pastinya mereka suka dengan resipi masak lemak udang ini.
Bahan utama ~ udang 20 - 30 ekor saiz sedang

Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
10 - 15 biji cili padi

Bahan kuah :
1 kotak kecil santan
2 cawan air

Bahan Pelengkap :
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ ketuk sedikit
1 biji ubi kentang ~ potong dadu


Cara mamasak:
1. Masukkan bahan kisar + bahan kuah + ubi kentang > masak sehingga ubi empuk.
2. Masukkan bahan pelengkap + garam + gula secukup rasa > udang > masak sehingga udang masak. Angkat, siap untuk dimakan.

8 comments:

  1. wow..
    lama ayu tak menghadap udang. maklumlah en zalie ada amsalah asid urid..
    kalau dulu2 mmg inilah santapan ayu..

    hehhehehe, ayu pi rumah awk senyap2 ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. he,he,he boleh je,mai lah:)

      oh sama dgn suami kak, pun x makan udang tp demi anak2 sanggup berkorban suka tengok anak2 makan!

      Delete
  2. sedap ni...cara buat pun simple jer so mesti kene cuba nih...hehehe

    ReplyDelete
  3. ehem sedapnya ..mama suka makan masak lemak udang ..

    ReplyDelete
  4. adrenalina ~ cubalah, simple je kan:)

    ReplyDelete
  5. mama aini ~ sedap sekali hadap jer dah habis dimakan anak2:)hilang penat lelah membuatnya...tak penat pun,he,he..!

    ReplyDelete
  6. Wah sedapnya..Ini menu kegemaran saya. :)

    ReplyDelete
  7. nur-nba ~ feberet kita juga anak-beranak:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)