Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, September 27, 2012

Ayam Bumbu Bali

Agak lama juga tak masak menu ni. Tapi semalam atas permintaan si wani, ira dan syu, saya memasak menu ini. Jom lihat cara memasaknya....

1. Tumis bahan kisar hingga garing. (Bawang putih + cili padi + buah keras + halia dikisar hingga lumat).

2. Masukkan 1 kotak santan (200ml) + 1 cawan air +1 keping asam gelugur + 1 biji ubi kentang (potong dadu) + daun limau purut (3 hingga 5 helai) + 1 sudu besar kicap pekat + 1 sudu besar kicap manis.  Garam + gula secukupnya.

3. Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu(garam + kunyit) dan 2 labu bawang besar (mayang bulat). Setelah bawang agak layu, angkat. Siap untuk dimakan bersama nasi putih panas.

4 comments:

  1. Bumbu bali ni rasa dan baunya berbeza sikit daripada sambal tumis biasa. ini Sambal yg dimakan dengan nasi kuning di Sabah. Pembantu rumah saya yg dari indon suka masak tapi sampai sekarang sy xtau resepinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...rasa yg berbeza dr masakan tumis! Sedap, anak2 suka:)

      Delete
  2. Best ziarah sini...ada je masakan best...walaupun tak pernah tau masakan ni...tapi nampak sedap aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks...:) Sedap, rasa berlainan drp masakan tumis kita. Cubalah...

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)