Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Thursday, October 25, 2012

Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah



Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."

(Muslim) 


Huraian :
 
10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang
telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.

Link : e-Hadith

5 comments:

  1. Selamat berpuasa pada hari ini kepada semua yang berpuasa ;)
    Semoga mendapat pahala seperti yang dijanjikan :D

    ReplyDelete
  2. aduhh terlepas fadhilat yg besar ini huhuh

    ReplyDelete
  3. assalam teratai selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya eiduladha

    ReplyDelete
  4. salam aidil adha utk teratai dan selamat berbuka puasa...

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)