Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, October 1, 2012

Talapia Masak Tiga Rasa

Dua minggu lepas, jiran depan rumah ada beri 3 ekor ikan talapia. Seronok melihat ikan-ikan yang segar itu, tapi tak sempat nak masak terpaksalah dimasukkan ke dalam peti sejuk.  Bila anak-anak dah mengomel 'boring' makan lauk kantin, jadi terpaksalah aku masak. Memandangkan ada ikan talapia tersimpan dalam peti ais ni, lebih baik aku masak lah...untuk lauk mereka makan waktu tengah hari. Selain itu, taklah aku tergesa-gesa balik waktu tengah hari untuk hantar lauk!

Jom tengok resipinya...

Bahan utama :

1 ekor ikan talapia (perapkan dengan asam jawa selama 30 minit untuk hilangkan hanyir atau rasa lumpur) ~ basuh dan toskan

Bahan-bahan kisar :

1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

2 batang serai dititik

Bahan-bahan pes/kuah :

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
(digaulkan hingga sebati)
1/2 cawan air
1 biji tomato (belah 4)

Cara membuatnya :

1. Ikan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digorengkan sehingga masak.

2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga garing.

3. Masukan bahan-bahan pes + 1/2 cawan air + tomato. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah kuah agak pekat,masukkan ikan yang telah digoreng dan angkat. 

11 comments:

  1. mama respect kat teratai..sempat masak utk keluarga..mama asyik menunjuk je..hu2x..

    ReplyDelete
  2. Baik jiran awak tu...
    Sedap masakan tu...terleleh aku lihat...hihihihi

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan teratai...
    nampak sedap resepi tu... tp saya tak makan ikan air tawar

    ReplyDelete
  4. salam kenal juga dari tirana aduka..
    Ta dari blog mama aini tadi..
    Maaf jika kehadiran ini mengganggu teratai

    ReplyDelete
  5. Assalamualaiktm wath.

    Terima kasih sudi singgah.......tak pe kalau tak sempat baca..........mungkin belum ada kelapangan...dari dahlia...jujur menyatakan pada komen kamu di blog saya.....

    Dapat singgah pun ta dah syukur sangat..........apatal lagi sudi meninggalkn jejak.......syukur dan terima kasih......

    ReplyDelete
  6. lama dah tak masa ikan talapia...hehe

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)