Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, December 8, 2012

Syukur...

Petang tadi aku,along,angah,wani,ira dan syu beli aiskrim di kedai 100 yen. Semua seronok dapat makan aiskrim tu....selepas bayar kami pun berjalan menuju ke kereta.
Tiba-tiba aku terlihat angah berlari semula ke arah kedai 100 yen tu. Sambil diikuti suamiku dari belakang. Rupa-rupanya angah tertinggal pursenya di kaunter kedai tu.. Ketika itu aku, along ,wani,ira dan syu dah berada dalam kereta.
Dipendekkan cerita purse angah tidak dijumpai. Suamiku memohon menonton cctv di kedai itu....ternampak purse itu diambil oleh seorang pelanggan yang baru keluar dari kedai100 yen tu...beliau melilau-lilau mencari pemilik purse tu, tapi tak berjumpa!
Usai solat maghrib, aku kedapur untuk menyediakan bahan memasak...tiba-tiba loceng rumahku di tekan orang. Cuba teka siapa dia?
Tak disangka-sangka pelanggan yang mengambil purse tu datang menghantar purse tu....terima kasih tak terhingga aku kepadanya sekeluarga.
Allhamdulillah, syukur kpd MU kerana memudahkan hal ni...

7 comments:

  1. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Memang mulia hatinya, susahkan sekarang nak cari yang amanah sepertinya!

    ReplyDelete
  2. pasti pernah membuat kebaikkan..

    syukur.. dia maha mdengar....

    ayu pun if planggan ttinggal. mmg akan simpan. kalau hp. ayu akan call no hp takhir pemanggil. selalunya seminggu dua . planggan dpt semula hp

    ReplyDelete
  3. Amat2 bersyukur ayu...
    Semoga Allah membalas kebaikan di atas tindakan mulia beliau.
    Itulah bila dah sedar tertinggal tu, terus berjumpa dengan tuan kedai, kot2 ada orang tinggalkan purse angah kat kedai tu, rupa2nya beliau datang rumah hantar sendiri!

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah..masih ada insany yg berhati mulia begitu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Allah permudahkan perkara ini...masih ada insan yang mulia sepertinya.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..nasib baik jumpa. Insya Allah diharap ramai lagi orang yang amanah macam tu..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)