BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Friday, June 30, 2017

Sun Rise at Pantai Batu Burok

Salam dan selamat pagi.
Indah sungguh panorama mentari terbit di gigi air Pantai Batu Burok.
Sungguh indah ciptaan Ilahi
Sudah pasti melekat di hati
Menjadi kenangan di suatu pagi
Menyelusuri pantai menanti
Terbitnya sang mentari...

Tuesday, April 18, 2017

Alhamdulillah

Sudah lama ku tunggu berita ini
Akhirnya diterima pada hari ini
Terima kasih kepada penaja iklan di blog ini
Bersyukur yang amat kepada Ilahi..

Saturday, December 21, 2013

Tahniah Along Dan Kawan-kawan

Alhamdulillah semalam pada jam 3 petang waktu Adelaide , Australia along menerima sijil ijazahnya dalam bidang farmasi yang diadakan di Dewan Convention Adelaide. Tahniah along dan kawan-kawannya fina,aqilah, faiqah dan nana.

Sunday, September 29, 2013

Komisen 18, 19, 20 dan 21 dari Job Di Rumah


Minggu lepas rezeki dari JDR amatlah murah! Aku mendapat 4 komisen dalam tempoh tersebut (klik gambar untuk lebih jelas!). Jika sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang JDR ni, sila klik sini.

Sesiapa nak menyertai JDR dan menjana pendapatan seperti aku ni, sila klik banner Job Di Rumah kat atas tu ya!

Tuesday, September 3, 2013

Komisen Ke 15 dari Job Di Rumah


   Ini merupakan komisen terakhir yang saya dapat pada bulan Ogos iaitu pada 28 Ogos 2013. Sebelum itu, saya dah dapat komisen ke 14 pada 23 Ogos 2013. Syukur dan berterima kasih kepada Job Di Rumah kerana melalui iklannya saya memperolehi komisen ini.

Jika ada yang berminat tu, bolehlah baca post saya berkenaan JDR ini di sini. Atau boleh juga klik iklan Job Di Rumah di blog ini!.

Sunday, August 25, 2013

Komisen ke 14 dari Job Di Rumah


Rezeki di hujung bulan Ogos, mungkin sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia ke 56! Hehehe...apa-apa pun terima kasih kepada Job Di Rumah kerana rezeki ini. Nak baca post tentang Job Di Rumah ini, klik sini. Atau jika nak join sama ada untuk dapat komisen seperti saya atau nak cari kerja on line, boleh klik banner di atas tu ya!

Saturday, August 10, 2013

Komisen ke 13 dari Job Di Rumah


Dalam kesibukan untuk pulang ke kampung berhari raya, alhamdulillah masih ada rezeki dari Job Di Rumah! Komisen yang ke 13 :) Komisen ini di bank transfer oleh pihak JDR pada 5 Ogos 2013. Jumlah komisen yang terkumpul setakat ini ialah RM315.


Mereka yang berminat tu, bolehlah baca post ini : Job Di Rumah Memang Boleh Dipercayai!

Atau boleh juga klik banner di bawah ini.

 

 

Wednesday, July 31, 2013

Komisen ke 12 dari Job Di Rumah


Masih ada lagi rezeki dari Job Di Rumah. Alhamdulillah. Sudah 12 kali mendapat komisen dari Job Di Rumah!  Sesiapa nak tahu lebih lanjut tentang Job Di Rumah ini, bolehlah klik sini untuk membacanya. Bagi mereka yang nak mendapatkan khidmat Job Di Rumah ini, bolehlah klik banner di bawah ini.

Saturday, December 8, 2012

Syukur...

Petang tadi aku,along,angah,wani,ira dan syu beli aiskrim di kedai 100 yen. Semua seronok dapat makan aiskrim tu....selepas bayar kami pun berjalan menuju ke kereta.
Tiba-tiba aku terlihat angah berlari semula ke arah kedai 100 yen tu. Sambil diikuti suamiku dari belakang. Rupa-rupanya angah tertinggal pursenya di kaunter kedai tu.. Ketika itu aku, along ,wani,ira dan syu dah berada dalam kereta.
Dipendekkan cerita purse angah tidak dijumpai. Suamiku memohon menonton cctv di kedai itu....ternampak purse itu diambil oleh seorang pelanggan yang baru keluar dari kedai100 yen tu...beliau melilau-lilau mencari pemilik purse tu, tapi tak berjumpa!
Usai solat maghrib, aku kedapur untuk menyediakan bahan memasak...tiba-tiba loceng rumahku di tekan orang. Cuba teka siapa dia?
Tak disangka-sangka pelanggan yang mengambil purse tu datang menghantar purse tu....terima kasih tak terhingga aku kepadanya sekeluarga.
Allhamdulillah, syukur kpd MU kerana memudahkan hal ni...

Sunday, November 4, 2012

Gembira Tak Terkira



Gembira tak terkira
mendengar suara darinya
terlerai sudah segala dilema
Alhamdulillah akhirnya

Gembira tak terkira
rancak berbual pelbagai perkara
sungguh mesra lidah berbicara
MasyaAllah aku bersyukur padaMU

Gembira tak terkira
mendapat perkhabaran indah darimu
semua berkat doaku kepada MU YA ALLAH
SUBHANALLAH...
ALLAH HU AKBAR

 

Thursday, March 15, 2012

Gaji Terbaru selepas + 13%



Berikut jadual gred gaji baru setelah ditambah kenaikan 13%. Belanjalah dengan berhemah, demi kesejahteraan semua....

Gred DG 44


Gred DG 48


Thursday, February 2, 2012

Spontaneous Thursday ~ Alhamdulillah

Alhamdulillah.....
masih sihat untuk mengerjakan ibadat kepadaMU.
Bersyukurlah selagi berkesempatan!

Sunday, January 1, 2012

Pernahkah bersyukur?



Bangun pagi ini, ucap tak alhamdulillah...
syukur masih bernyawa
syukur masih sihat
syukur masih dapat menikmati hidup ini
di tahun baru ini!

Bangun pagi ini, ucap tak alhamdulillah...
kerana diberi peluang bernafas lagi
kerana diberi peluang berfikir lagi
kerana diberi peluang dikelilingi insan-insan tersayang
di tahun baru ini!

Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday ~Syukur:)



"Alhamdulillah, dapat rezeki dari pihak nuffnang...
walaupun sedikit tapi aku bersyukur
daripada tiada langsung...:)"

Thursday, September 29, 2011

Spontaneous Thursday



tiada kata boleh
menggambarkan kegembiraan
hati ini

senyum.......,senyumlah
wahai chek mek molek :)

Wednesday, February 9, 2011

Hari ini, aku menjadi "Ustazah"


Rasa berdebar-debar tu memang ada apabila aku diminta mengajar PAFA bagi pelajar Islam yang akan menduduki SPM tahun ini.

Kelasnya bermula hari ini, iaitu jam 8.05 pagi hingga 9.15 pagi. Pelajarnya tak ramai iaitu lebih kurang 12 orang. Tajuk pertamanya ialah Solat Jenazah!

Mula-mula pengajaran, aku minta seorang pelajar membaca surah Al-Fatihah, sengaja aje aku suruh baca..nak menguji bacaannya. Walaupun pelajar-pelajar ini dari kelas yang agak lemah, alhamdulillah mereka boleh menjawab soalan-soalanku tentang solat fardhu!

Seterusnya, aku soal bab-bab penting dalam solat jenazah...pun mereka boleh jawab, walaupun bacaan doa dalam solat jenazah ini mereka sudah lupa!

Aku begitu teruja untuk mengajar mereka lagi, terutamanya apabila salah seorang pelajar ini memanggilku....."ustazah".

Kadang-kadang seronok juga bertukar 'title' ini...dan apa yang diajar, sekurang-kurangnya dapat menambah pengetahuanku dalam perkara-perkara yang sebelum ini aku tidak tahu atau tidak ambil peduli!! Aku bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang ini......

Saturday, July 17, 2010

perkhabaran yang membahagiakan....

jam menunjukkan hampir 8.30 pagi...
aku baru menjenguk ke dapur...
melihat suamiku sedang enak makan mee goreng
yang dibeli di kedai Mak Su....

kring...kring...
hand set ku berbunyi...
ala...missed call pulak!

kring...kring...
hand set ku berbunyi lagi...
siapa agaknya menelefonku pagi-pagi begini

lantas aku menjawabnya..
suara halus kedengaran...
"ini dari klinik al-farabi...keputusan puan sudah
diterima.....sila ke klinik untuk maklumat lanjut"
aku menjadi tak keruan....macam-macam bermain
di fikiran ku,
walaupun diberitahu tiada apa yang bahaya!!!

dengan segera aku dan suami ke klinik al-farabi...
menunggu pula lama...nombor giliran aku ialah 13
sekarang baru nombor 5....
dua jam menunggu...
akhirnya aku berjumpa dengan Dr Nurrita
perkhabaran dari doktor melegakan aku...

aku bebas dari kanser
aku memanjat kesyukuran kepada Mu Ya Allah
amin....

Sunday, July 11, 2010

hargailah peluang ini!

terkebil-kebil mata ini,
tak mahu lelap...
entah kenapa???
aku sendiri pun tak tahu....

nak kata aku memikirkan sesuatu....
tidak juga!!!
atau........
dibebani masalah yang maha berat...
tidak ada pun...

agaknya ini kesempatan...
yang Allah berikan kepadaku....
untuk berkhidmat kepadaNYA

Amin..........

Sunday, April 18, 2010

.....ada hikmah rupanya!


sibuknya aku...
bagaikan perdana menteri lagaknya!

hinggakan aku terlupa...

perlu bertanya khabar....

ma dan bak yang berdua...

kesepian merindui suara suara
lunak ......si anak!

hinggakan aku kesuntukan
menjenguk si kembar ....
walaupun tinggal setaman...

atau ber...sms bertelefon
menanya khabar
along ku yang
menghuni kota metropolitan...
nun di ibu kota..


namun Engkau Maha Mengetahui....

musibah yang Engkau berikan...

menyedarkan aku,

menjadikan aku insan yang lebih berguna,

mengeratkan aku dengan keluargaku ...

sesungguhnya dalam dugaan ini...

ada
hikmah tersembunyi rupanya
yang
Engkau sediakan untukku....

aku sujud syukur kepadaMu Ya Allah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...