Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Friday, January 25, 2013

Nasi Minyak Gulai Ayam Bawang Goreng


Sebenarnya nasi minyak dan gulai ayam ala-ala nasi minyak Warung Nasi Minyak Hashim Kedai Payang ni sudah agak lama dibuat iaitu masa cuti sekolah akhir tahun 2012 . Cuma sekarang baru berkesempatan mengupdatekannya. Resipi gulai ayamnya saya ambil dari blog coretan dari dapur oleh noormasri . Ikuti resipi gulai ayam bawang goreng di bawah...

Gulai Ayam Bawang Goreng

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
2 - 4 sudu besar rempah gulai nasi minyak-boleh guna rempah kurma~gaul sebatikan dengan ayam dan perapkan seketika


Bahan Kisar:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia




Bahan Kuah:

segengam bawang goreng - lagi sedap jika guna bawang besar yang digoreng sendiri
1- 2 sudu besar susu cair/susu manis
1 sudu besar sos tomato
1 - 3 biji ubi kentang - potong 4
air secukupnya

Bahan tumis:

2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
minyak untuk menumis

Cara membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang disaluti rempah, bawang goreng yg diramas2 sikit, sos tomato dan susu.
3. Renehkan seketika sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan air secukupnya (gulai ni tak perlu pekat). Masukkan kentang, gula dan garam secukup rasa
5. Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia untuk dihidangkan



6 comments:

  1. sedapnya kak..
    dah kenyang pon boleh lapar balik nih..hehe..=P

    ReplyDelete
  2. tetiba jerk perut berbunyi2 neh rasa nak makan jerk huhuhuhu. anta sikit kat umah :p

    ReplyDelete
  3. terliur tgk..thanks kongsi resepi ni..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)