Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, July 14, 2013

Ayam Bumbu Bali



Sebenarnya, lauk bumbu bali ini telah lama diminta buat oleh wani. Tetapi dek kesibukan sejak akhir-akhir ini walaupun di hari minggu, jadi asyik tertangguh saja untuk memasak lauk ini. Jadi pada puasa yang keempat hari ini, sempatlah aku memasak lauk ini.

Bahan utama : 1 ekor ayam (potong kecil-kecil) ~ gaul garam + kunyit serbuk = goreng separuh masak.

Bahan Kisar :

6 ulas bawang putih
5 - 6 biji buah keras
15 biji cili padi
1 - 2 inci halia

Bahan pelengkap :

6 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur

Bahan sos: 
Santan RM3.00
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
Air secukupnya.

Hiasan : Bawang besar (mayang kasar)

Cara Memasak :

1. Tumis bahan kisar + daun limau purut + asam gelugur sehingga naik bau.
2. Masukkan  bahan sos + garam + gula secukup rasa.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam + bawang besar. Sebatikan dengan kuah. Tutup api apabila kuah agak pekat. Siap untuk dimakan.

2 comments:

  1. nampak senang & nampak sedap je.. hehe
    ada masa nti nak try la.. :)

    *done tambahkan tabungan sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah pasti tak rugi!

      TQ dear Sya Mimie :)

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)