Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, July 15, 2013

Sup sayur pucuk


Semalam tokma telefon, kabo nok makan sup sayur pucuk. Oleh kerana semalam angah masak nasi telur, jadi hari ini baru aku masak sup sayur pucuk dan hantar sebekas kepada tokma untuk juadah berbuka puasa hari ini.

Bahan utama : 3 bungkus sayur pucuk yang ada soohun + 3 bungkus sayur pucuk tebal (rendam hingga lembut)

Bahan sayur : Lobak + bunga kobis

Bahan penyedap : 2 keping Fish cake + 2 bungkus bebola ikan + 1 biji ubi kentang (potong dadu) + kaki ayam

Bahan tumis :

Bawang putih - mayang
Bawang besar - mayang
1 kiub pati ayam knorr

Air secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih + bawang besar hingga naik bau. Masukkan air secukupnya. Garam + gula secukup rasa.
2. Masukkan ubi kentang + kiub pati ayam + kaki ayam = masak sehingga empuk.
2. Masukkan sayur + fish cake + bebola ikan.
3. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur pucuk.  Masak 2 - 3 minit kemudian angkat.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)