Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, June 8, 2014

Laksa Sarawak


Baru-baru ni along masak laksa sarawak dengan menggunakan rempah siap yang dibeli oleh ayahnya. Kalau tak silap rempah laksa tu dibuat oleh Hj Manan sebagaimana ditulis pada bungkusannya. Sedap juga laksa sarawak ini yang dimakan dengan beehoon.


Oleh kerana rempah laksa sarawak ni sudah siap (sedap tau!), jadi penyediaan bahan-bahan kuahnya taklah cerewet sangat. Cuma rebus isi ayam (carik-carikkan isi ayam setelah masak direbus), udang (buang kulit setelah direbus dan potong kecil-kecil) dan buat telur dadar (potong memanjang).Tambah taugeh dan sambal (cili padi ditumbuk lumat dengan sedikit belacan dan perahan limau kasturi). Daun sup dan bawang goreng (jika suka).


 
Air rebusan itu dijadikan kuah laksa sarawak. Setelah air rebusan itu mendidih, masukkan rempah laksa sarawak (gambar atas) ~ letak lebih kurang 3/4 rempah itu (bungkusan besar).  Kemudian tambahkan 1 kotak kecil santan segera, perisakan dengan garam dan gula. Masak sehingga mendidih dan tutup api. Siap untuk dimakan. Sebelum makan, masukkan perahan limau kasturi/limau nipis.



No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)