Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, December 28, 2014

Bawal Masak Sweet Sour

Mula-mula tu ingat nak masak lauk ikan tenggiri. Tapi ubah kepada ikan bawal apabila si ayahnya membeli 5 ekor ikan bawal hitam. Saiznya sedang-sedang je. Biasalah kan, bila ikan bawal tu dimasak sweet sour. Jom ikuti bahan-bahannya.

Bahan utama :
5 ekor ikan bawal ~ goreng garing dan ketepikan

Bahan Tumis ~ kisar semuanya

5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
halia (2 - 3 inci)
cili padi (jika suka pedas)

Bahan sos :

4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Air secukupnya

Bahan sayur :

1 batang timun ~ belah 2 dan potong kecil
1 biji tomato ~ belah 4 atau 6

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga garing atau naik bau.
2. Masukkan bahan sos dan kacau rata. Garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan sayur + ikan. Masak sehingga sebati. Tutup api.



2 comments:

  1. wow..bawal hitam..memang sedap kalau buat sweet sour..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sedap kan Diana, nak2 jika dimakan panas2 dengan nasi putih panas!

      Delete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)