BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Thursday, June 4, 2015

Tahniah Wani!

Isnin; 1 Jun 2015.

Perjalanan ke rumah ma pada jam 11 pagi. Bersama-sama ira, wani dan syu menaiki kereta Honda yang dipandu oleh suamiku menyelusuri Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Rawai. Tujuan utama untuk melihat cucu sedara suami.

Setibanya di Rawai, hidangan tengahari telah disediakan oleh Cu. Puding laici hasil tangan si anak dara tunggal Cu menyejukkan tekak. Makan dulu...alhamdulillah :) Terima kasih Cu....

Dalam pukul 3 petang, bertolak ke rumah ma. Singgah dulu di kedai laksa Bukit Kecil..untuk menu petang pulak. Dan kedai pisang goreng berhampiran SHAMS, beli mee goreng dan beehoon goreng untuk wani dan ira.

Tiba di rumah ma dalam pukul 4.40 petang. Rupa-rupanya ti, shukri dan pa belum sampai.

Selasa; 2 Jun 2015

8.30 pagi ~ Bertolak ke Machang, Kelantan. Tujuan utama, bukan untuk makan angin tetapi untuk menghantar wani ke UITM Machang sebagai pelajar baru di sana dalam jurusan Sains Matematik.

11.00 pagi ~ Tiba di UITM Machang. Alhamdulillah tiada halangan dalam perjalanan. Mudah saja sampai ke destinasi. Dalam masa lebih kurang 1 jam setengah semua urusan pendaftaran selesai.

1.00 ptg ~ Makan tengahari bersama-sama wani. Lepas ini, wani akan meneruskan pengajiannya. Semoga Wani dapat mengikuti pelajarannya dengan jayanya. Doa mak sentiasa mengiringi kejayaan wani. Ingat pesan mak..solat jangan lupa. Ingat tujuan utama ke sini..untuk menimba ilmu!

3.00 ptg ~ Kami bertolak pulang ke Kuantan. Meninggalkan wani bersama-sama impiannya, semoga menjadi kenyataan. Aamiin.

Tahniah Wani!

4 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...