Monday, December 26, 2016

Mee hoon rebus

Bahan-bahan kisar untuk kuahnya
5 ulas bawang putih
3 labu kecil bawang besar
4 tangkai cili padi

Air secukupnya
Cuka secukupnya
1 kiub pati ayam
Isi ayam - potong dadu
1 paket Fish ball
4 biji telur ayam
4 paket bihoon - rendam sehingga lembut

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau + 1 kiub pati ayam.

2. Masukkan isi ayam + fish ball + air.

3. Setelah air mendidih kecilkan api, masukkan telur satu persatu. Setelah telur putih memekat, asingkan telur tersebut dlm bekas lain (supaya telur kuning kekal cair).

4. Masukkan cuka + garam + gula secukup rasa. Masukkan bihoon. Masak sehingga bihoon lembut. Hidangkan bersama2 telur yg telah diasingkan itu. Sedap dimakan ketika masih panas.

Selamat mencuba 🤗🤗🤗

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...