BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, July 30, 2017

26 Julai 2017 ~ Tarikh Paling Bersejarah

Salam dan selamat petang.

Tanggal 26 Julai 2017 (Rabu) merupakan tarikh persaraan saya sebagai seorang pendidik. Saya mulakan perkhidmatan sebagai guru pada 19 April 1987 dan menamatkan perkhidmatan pada 26 Julai 2017. Hampir 30 tahun saya bergelar guru atau pendidik.
Berikut adalah teks ucapan persaraan saya pada majlis tersebut.....




Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,  dan salam sejahtera semua.

Yang Berusaha En Chan Kok Wai ( Pengetua SMKTP ) Barisan Pentadbir En Choh Ah Chin ( Pen. Kanan Pentadbiran ) En Johari Budin ( Pen. Kanan HEM ) En Rangasamy ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum ) En Tan Kia Leng  (Pen. Kanan Petang ) dan Pn Zaidom Muda ( Guru Kanan Teknik dan Vokasional ), guru2  dan pelajar2 yg saya kasihi.
Rakan2 saya yang dulu berkhidmat disini iaiitu mantan KB Voktek En Awang Mahadi, mantan KB Bahasa En See Koon Suan dan mantap KV Sains & matematik Pn Ezmah. Terima kasih tak terhingga kerana sudi datang ke majlis persaraan saya ini.
Pada hari ini tanggal 26 Julai 2017 ( Rabu ) merupakan hari paling bermakna dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah 30 tahun 3 bulan & 7 hari perkhidmatan saya sebagi guru selepas  berkhidmat 13 tahun di SMK Panji Alam Kuala Terengganu dan 14 thn 3 bulan & 7 hari di SMKTP.
Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya pihak kelab staf Pn Zaidom, Pn Rohani, En Jailani dan semua AJK kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini. Majlis persaraan ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga.
Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi beberapa nasihat kepada anak2 murid saya terutama kelas2 yg saya ajar (1 Mill, 2 Mill, 3K3, 3K6 & 3K10) juga  kepada  bekas2 pelajar saya..

Ada dukun dikira dokter 
yang datang sampai seribu
Kalau mau jadi orang pintar
Haruslah banyak baca buku

Kalau suka main gitar
Mainlah di atas pagar
Kalau mau jadi orang pintar
Jangan suka malas belajar

Naik layar sama si Andi
Ada halilintar hujanlah nanti
Belajar itu tidaklah  rugi
Orang pintar sering dihormati

Oleh itu, anak2 muridku
ambillah peluang menuntut ilmu
Guru2 jangan dijadikan musuhmu
kerana ajaran guru menjadi pedoman hidupmu

Seterusnya, saya mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru khasnya ketua-ketua panitia dibawah bidang saya.

Pn Hamidah semua kenali
KP sejarah yg baik budi
terima kasih tak terperi
diatas kerjasama selama ini

Pn Rosnita KP geografi
jawatan dipegang kekal abadi
Di bilik guru dialah penyeri
Kita ketawa tak kering gusi

P. Seni bidang diceburi
Pn Nooraini itulah KP Seni
Lemah lembut amat berbudi
Memang sukar dicari ganti

Ust Nor Azimah KP Agama Islam
Laksa Penangnya memang terbaik!
Wahai ustazah2 yg saya sayang
Aktiviti dirancang memang terbaik

KP Moral Pn Yap namanya
Kecil Molek manis orangnya
Cekap sekali persis dirinya
Apa yang dipinta pasti adanya

Panitia ini ahli-ahlinya rencam
Almaklum subjeknya begini
Itulah Panitia Sivik Kenegaraan
Pn Aini Yusnita KP terkini

KP PJK dulunya Mr Koh
En Firdaus KP sekarang
Harapan saya biarlah bersungguh
Moga boleh dibanggakan orang

Tidak lengkap rasanya ucapan saya jika tidak menyentuh bahagian paling penting sesebuah organisasi iaitu pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah ini.

Tunjang kejayaan pelayaran sesebuah kapal terletak pada nakhodanya yang pandai mengemudi dan mengawal anak kapalnya. Begitu juga dengan kejayaan sekolah ini kerana mempunyai pengetua iaitu En Chan Kok Wai yang mempunyai misi dan visi yang jelas tentang sekolah ini.

Setiap pengetua ada fokusnya
Mr Moy mengutamakan akademiknya
Mr Chow pula dengan disiplin pelajarnya
Mr Loh pula dengan  Be Happynya
Istimewanya Mr Chan merangkum semuanya
Bidang koko menyerlah dizamannya
Program akademik dirancang dengan jayanya
Sahsiah pelajar dibaiki dengan hematnya
SMKTP muncul cemerlang dibawah pimpinannya!

Berpantun sudah berseloka pun sudah
Ucapan saya pun hampir sampai penyudah
Sebelum saya sampai ke titik noktah
Mohon dimaafkan silap dan salah

Zaman moden air pili
Zaman dulu air perigi
Izinkan saya mengundur diri
Ada jodoh ketemu lagi

sekian, terima kasih.

2 comments:

  1. ucapan yg lain dari yg lain
    sangat menarik kak
    semoga persaraan ini lebih membawa makna

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...