BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Friday, August 17, 2018

SIMPULAN BAHASA

~ Rangkai kata atau kata-kata yang dikarang dalam susunan tertentu. Biasanya, rangkai katanya merupakan gabungan dua patah perkataan.
~ Rangkai kata ini membawa maksud yang tersembunyi atau maksud yang tersirat dan maksudnya berbeza daripada perkataan asalnya.
[sumber : Shamsudin bin Abu Bakar; Bahasa Malaysia 110 Karangan Contoh & Peribahasa PMR, halaman 5; 2010; Kuala Lumpur: Crescent News Sdn. Bhd.]


Contoh Simpulan Bahasa

Abu Angin
Maksud : Perkara yang tidak dapat dikesan kerana telah musnah
Ayat : Peristiwa itu akan menjadi abu angin bila masa berlalu.

Adu Domba
Maksud : Sikap suka melaga-lagakan yang menyebabkan dua belah pihak bersengketa.
Ayat : Dua bersahabat itu bermasam muka kerana ada pihak yang telah adu domba isu yang kecil sehingga mereka bersengketa.

Ajak-ajak Ayam
Maksud : Ajakan atau undangan yang tidak bersungguh-sungguh.
Ayat : Jamilah tidak akan menghadiri jamuan hari jadi Rosnah kerana mengetahui Rosnah hanya ajak-ajak ayam sahaja.

Ayam Jalak
Maksud : Orang yang berani
Ayat : Jailani terkenal di kampungnya sebagai ayam jalak kerana sering menyahut cabaran yang diberikan oleh Tok Ketua.

Berhati Batu
Maksud : Degil
Ayat : Kumar sering mengalah kepada adiknya kerana Kumar tahu adiknya adalah seorang yang berhati batu.

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...