Day 2 ~ Lotte World Adventure
Untuk ke Lotte World Adventure, kami menaiki subway (kereta api bawah tanah) ke sana. Memang cekap sistem pengangkutan kereta apinya. Menepati masa dan selesa. Alhamdulillah dengan khidmat pemandu pelancong (2 orang pelajar Malaysia yang belajar di Seoul), kami tidak sesat dan selamat sampai ke Lotte World Adventure setelah berjalan dan menaiki subway dalam masa 30 minit. Cabarannya, seperti biasalah iaitu cuaca yang agak sejuk. Tambahan pula, ketika balik dari Lotte World Adventure hujan telah turun tetapi tidaklah selebat hujan di sini. Kami berada di Lotte World dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Jadi dapatlah bermain puas-puas di sana. Pada pandangan saya, indoor Lotte World Adventure ini amat sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil dan bersekolah rendah. Permainannya amat selamat untuk mereka cuba. Boleh dikatakan mesra keluarga. Agak rugi juga kerana keadaan hujan, aktiviti luar terpaksa ditangguhkan...
Tak sabar nak menanti hari esok! Kenapa ye...esok kami akan pakai baju tradisional Korea (hanbok) dan bersiar-siar di Istana Changdeokgung sambil menggayakan hanbok masing-masing!
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)