Day 1 ~ Morning
~ Nami Island. Terdapat tiga cara untuk ke Nami Island iaitu menaiki feri, kereta kabel dan zip line. Kami menggunakan feri untuk ke sana. Lebih kurang dalam 20 minit menaiki feri, akhirnya kami sampai ke Nami Island.
Pemandangannya sangat cantik tetapi suhunya agak sejuk. Mungkin kerana keadaan yang berangin menyebabkan kami merasa agak sejuk. Malah terdapat lagi salji yang sedang mencair di Nami Island.Musim peralihan dari musim sejuk ke musim bunga menyebabkan terdapatnya bunga-bunga yang cantik ditanam di sekitar Nami Island ini.
Di sebelah petangnya, kami ke The Garden Of Morning Calm, teruja sungguh dengan kecantikan neonnya!
No comments:
Post a Comment
Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)