BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Showing posts with label jamuan. Show all posts
Showing posts with label jamuan. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Sajak Pot Luck Akhir Tahun


18 November,2011....
tarikh terakhir persekolahan
banyak benda yang hendak di selesaikan
namun pot luck mesti juga diadakan
demi meraikan kepenatan bekerja
sepanjang tahun ini!

aneka juadah disediakan
menu utama nasi lemak bukit goh
ditempah oleh cikgu tuan haji razak
beserta dengan koleh kacang
yang memang tersohor keenakannya!

nasi putih ..juga nasi kunyit
beserta lauk pauk pelbagai rasa

sentuhan istimewa guru-guru semua
semuanya sedap dan enak sekali
sekali makan ...nak tambah lagi!


Thursday, November 10, 2011

Annual Dinner Sekolahku....

sambutannya ringkas...
seawal jam 9.30 malam sudah selesai...
sebelum jam 10.00 malam sudah sampai rumah...
dihantar oleh si manis Suhana...
terima kasih daun keladi... tahun depan,
insyaAllah nak t
umpang lagi...


sempat bergaya dengan 'clutch bag'
yang dibeli di Bandung!



sempat bergambar kenangan sebelum pulang

cenderahati yang amat bermakna ..."jasamu dikenang"


Wednesday, November 9, 2011

Jamuan Akhir Tahun

cepat masa berlalu
baru saja rasa melalui bulan Januari
tup- tup dah bulan November sekarang

bermakna sudah hampir menjelang akhir tahun
banyak kelas sudah mengadakan
jamuan akhir tahun

tidak terlepas kelab staf sekolah aku
juga mengadakan
jamuan akhir tahun bulan ini
sebelum bermulanya cuti sekolah minggu depan!!

Selamat Berjamuan Akhir Tahun semua....:)


Sunday, November 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun!

Biasalah tu, dah dekat hujung tahun ni, banyaklah jamuan akhir tahun diadakan. Tak kiralah sama ada jamuan kelas ke atau jamuan staf. Bila sebut jamuan ini, teringat aku masa sekolah-sekolah dulu. Kita dulu masa buat jamuan akhir tahun kelas, hanya buat di sekolah aje. Tapi sekarang dah lain, anak-anak sibuk menghadiri jamuan kelasnya di luar, iaitu sama ada di pantai peranginan atau di pusat-pusat beli belah ataupun di hotel 5 star!

Pada hari Jumaat lepas (12 November,2010), aku menghantar anakku, Wani menghadiri jamuan kelasnya di KFC di East Coast Mall, jam 3.00 petang~makan ayam KFC! Kita dulu makan mee goreng yang mak kita buat je dan kongsi makanan yang dibawa oleh kawan-kawan,ya lah...zaman dah berubah! Jadi cara meraikannya pun dah lain kan!

Bagi angahku lagi hebat, ada 'prom night' lagi yang dibuat di MS Garden Hotel~bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang bakal meninggalkan sekolah!

Ira pun apa kurangnya, jamuan pengawasnya (ira jadi pengawas) juga diadakan di Grand Continental Hotel. Sebelah malam lagi jamuan ini diadakan iaitu pada hari Khamis (12 November,2010) jam 8.00 malam!

Nasib baiklah, 'annual dinner' sekolah ku, juga diadakan di hotel (MS Garden Hotel) iaitu malam ini, kalau tidak malu aku kepada anak-anakku....hik,hik..! So malam ni, aku melaram sakanlah ya, almaklum sekali setahun!!

Tuesday, October 19, 2010

Back dated "Jamuan Raya"





Jumaat : 15 Oktober, 2010

~12.10 t/hari...


Sebelum pulang pada hari itu, aku terpandang sekeping kad jemputan 'Jamuan Hari Raya' diletakkan di atas mejaku. Terfikir aku, jamuan raya apa pulak, bukan ke sekarang dah masuk bulan Zulkaedah! Tapi tak apalah, memandangkan mereka dah jemput~menjadi kewajiban aku memenuhi undangan tersebut.


Sabtu : 16 Oktober, 2010

~9.15 pagi


Setelah 15 minit perjalanan, aku tiba di sekolah. Aku lihat tiada kereta guru-guru, terdetik di hatiku.."jadi ke tidak jamuan itu". Kemudian aku terpandang pelajar-pelajar Islam yang segak bergaya dengan baju melayu dan baju kurung masing-masing sedang berkumpul di kantin sekolah. Oh jadi rupanya jamuan ini~walaupun agak terlewat diadakan tapi tetap diadakan demi anak bangsa....Syabas ustazah semua : Pn. Nor Azimah, Pn Ruhani, Pn Noraini dan Pn Bahijah juga Pn Rohani (kaunselor) yang sentiasa membantu. Mungkin tahun hadapan, program seperti ini boleh melibatkan semua guru Islam!

~12.00 t/hari

Aku memohon diri untuk pulang~dibekalkan pula dengan mee hoon goreng, lemang dan rendang ayam yang menjadi hidangan petang keluargaku pada hari itu.

"Terima kasih daun keladi, tahun depan jemputlah lagi..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...