Artikel berkaitan
Thursday, January 5, 2012
Kena Serbu!
Sepanjang aku mengajar di SMK Tanah Putih, tak pernah lagi nazir sekolah datang melawat. Tapi tahun 2012 ini memang menempa sejarahlah...awal-awal lagi sudah diserbu oleh nazir persekutuan iaitu pada hari pertama (4/1/2012) sekolah dibuka.
Banyaklah juga yang dikomen oleh encik nazir ini....dari sudut kekuatan sekolah hinggalah ke bahagian kelemahan sekolah. Biasalah tu kan, dah tugasnya. Teguran itu diterima dengan hati terbuka, cuba perbaiki mana yang patut!
Namun satu komen yang terkesan di hati aku, iaitu kesediaan guru-guru untuk melaksanakan pengajaran & pembelajaran (p n p) ialah 100% walaupun baru dapat BRM pagi itu....p n p di kelas tetap diteruskan walaupun BRM masih belum bertulis!!! Inilah semangat guru-guru di sekolahku, tak sabar untuk mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak didiknya!
Labels:
celotehku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalam teratai besar pengorbanan seorg guru itu, demi masa depan ank bangsanya..Tahniah !!!..
ReplyDeleteInilah semangat cikgu yang terpuji..
ReplyDeleteTapi bab kena serbu ni yang lemah....macam-macam kena soal...huhuhu.
Macam audit gak...
memang sekolah selalu kena serbu tanpa inform awal-awal ker...?
mama aini ~ terima kasih...guru kan ibarat lilin,membakar diri demi anak bangsa!
ReplyDeleteHanif ~ itulah tak disangka2 hari pertama buka sekolah dah terpacak di tapak perhimpunan! memang tak diberitahu tarikhnya yg tepat...kena bersedia sentiasa!
ReplyDeletecikgu adalah pejuang ilmu, mmg respek giler, sbb kesabaran tu kena tinggi ye tak, dan ianya satu profesion yg mulia, btw selamat pagi cikgu teratai =)
ReplyDeletekak teratai, guru kan umpama lilin.. saya sampai sekarang masih ingat jasa2 guru saya.. kalau bukan kerana guru2 ni, saya tak jadi diri saya sekarang..
ReplyDeleteDiana ~ harapan pun begitulah, moga dpt menyumbangkan kecemerlangan kpd anak didik n sekolah!
ReplyDeleteTiti ~ betul tu, memang kena ada tahap kesabaran yg tinggi, terutama sekarang ini...anak2 murid lebih berani n suka mengadu kat pihak media! silap sikit je pasti ada berita disampaikan kpd pihak media,betul atau salah tu kemudian kira!
ReplyDeleteFarah ~ terima kasih kerana masih mengenang jasa kami:)
ReplyDeleteselalunya hari pertama mesti nazir merajinkan diri mereka kan huhu
ReplyDeletebiasalah tu, nak pastikan semua berjalan lancar!
Delete