BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, October 28, 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu

Drama arahan Khir Mohd Noor ini banyak membawa pengajaran kepada kita. Dalam sedar atau tidak, kita tidak terlepas melakukan dosa. Drama ini mengisahkan 3 beradik dan fokusnya kepada si angah yang bongkak dan sombong disebabkan kekayaannya angah sering menghina along dan adik bungsunya. 

Plot drama ini mencapai klimaksnya apabila si angah mendapat stroke dan penyakit mulut setelah menghina along! Pada masa yang sama, ibu angah telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekah ketika mengerjakan umrah....tiadanya doa dari ibunya menyebabkan si angah ditimpa malang!   Akhirnya penyakit angah sembuh setelah roh ibunya mendoakannya dan menyapu air zam-zam ke muka angah... Tapi sayang angah tidak sempat memohon kemaafan daripada ibunya.  

Pengajaran dari drama ini ~ Jagalah tutur kata kita, kerana dalam sedar atau tidak mungkin boleh melukakan hati orang yang mendengarnya, tambahan jika mereka yang terluka itu ibu bapa dan adik beradik kita.

Drama ini disiarkan di TV3 pada hari Ahad (28/10/12) jam 9 - 11 malam untuk Anugerah Skrin 2012.

3 comments:

  1. dah 2x tgk daram ni. memang best jln cerita dia. sesuai sgt org2 yg sombong, bongkak, suka menghina org tu tengok supaya sedar.

    ReplyDelete
  2. harap-harap kita bukan dalam golongan begitu lah ya :)

    bw here!

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...