Sunday, June 16, 2013

Kangkung Goreng Pedas

Biasanya kalau kangkung ni, mesti buat goreng belacan. Tapi kali ini ubah sikit selera, buat kangkung goreng pedas pula. Jom ikuti cara-cara memasaknya.

Bahan utama ~ kangkung

Bahan tumis:

2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara-cara:

1. Tumis bawang + cili boh hingga garing.
2. Masukkan kicap manis + kicap masin + garam + gula secukup rasa.
3. Masukkan kangkung dan gaul sehingga kangkung layu. Siap untuk dimakan bersama-sama lauk udang galah masak lemak cili padi.


1 comment:

  1. kangkung ni sedap kan. tp dah lama saya tak makan.angin

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...