BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Tuesday, December 31, 2013

Tidur di pangkuan ayah!

Si tompok nama diberi,
Baru 3 bulan usianya,
Begitu manja berseri-seri,
Suka tidur dibelai manja..

Sunday, December 29, 2013

Cuti-Cuti Adelaide : Adventure Playground St Kilda


Pada 23 Disember 2013, masih lagi di bumi Australia. Waktu 11 pagi (masa di Adelaide), kami bertolak ke taman permainan.....dalam kepala tu ingatkan taman permainan biasa. Tapi rupa-rupanya taman permainan gergasi dan mencabar keberanian kita untuk mencubanya. Seronok tak terhingga adik-adik along iaitu syu, wani dan ira. Aku pun seronok juga, adalah mencuba beberapa permainan seperti gelongsor yang tinggi tu...hehehe


Gelongsor ni lah aku naik...takut ooo hehehe


Gelongsor ni tak berani naik, tapi syu, ira, wani dan along naik berkali-kali. Seronok kata depa!

Yang ini pun aku main, pusing laju-laju bersama-sama ira, wani, syu, along dan yang tukang pusinnya si suamiku..hehehe terasa angin sejuk menampar pipi!


Haaa tengok tu papan jongkang jungkit gergasi! Tingginya sampai 6 kaki. Yang ini wani dan ira main. Seronoknya ...

Burung-burung (seabird) menunggu taburan nasi yang terjatuh semasa kami makan tengahari di situ... Cuaca begitu baik hari tu, walaupun panas matahari memancar tetapi anginnya sejuk!

Friday, December 27, 2013

Cuti-cuti Adelaide : Jom Tangkap Ketam di Thompson Beach

Sehari belum pulang ke Malaysia iaitu pada 23/12/13 (Isnin), along mengajak kami sekeluarga dan kak jan menangkap ketam di Thompson Beach. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan, menangkap ketam dengan tangan sendiri dan merasai disepit ketam! Pada musim panas dan di bulan Disember, ketam banyak di pantai ini.

Thompson Beach, Adelaide, Australia

 Ketam yang kami tangkap mestilah menepati saiznya, dengan menggunakan alat ukurannya, jika ketam itu masih kecil, kami lepaskan semula.


Alat Ukuran Ketam

Akhirnya, setelah berpenatlelah mencari ketam (seronok sebenarnya...hehehe) dapatlah tujuh ekor ketam biru yang agak besar saiznya dan cukuplah untuk hidangan kami malam ini.


Ketam-ketam yang berjaya kami tangkap!

Ketam-ketam itu kami masak lemak cili padi..sedap sebab isinya yang segar...fresh dari laut dan ditangkap sendiri!


Ketam Masak Lemak Cili Padi ~ klik untuk lihat resipinya

Monday, December 23, 2013

Job Di Rumah Menjana Pendapatan Atas Talian!


https://www.jobdirumah.com/megawati

Sesiapa nak join, sila klik banner di atas!

Terima bayaran dari pelbagai syarikat di seluruh dunia 
dengan hanya bekerja di rumah atau 
di mana-mana tempat mengikut kehendak anda!

Saturday, December 21, 2013

Tahniah Along Dan Kawan-kawan

Alhamdulillah semalam pada jam 3 petang waktu Adelaide , Australia along menerima sijil ijazahnya dalam bidang farmasi yang diadakan di Dewan Convention Adelaide. Tahniah along dan kawan-kawannya fina,aqilah, faiqah dan nana.

Thursday, December 19, 2013

Sarapan pagi : roti goreng telur

Hari ni masak simple je..menu roti. Sebelum roti ni habis tarikh luput, baik buat roti goreng telur untuk makan pagi. Confirm habis sebab semua suka makan roti stail ni. Jom makan...yum,yum,yum...

Monday, December 16, 2013

Sayangi emak ...



Pada usia 6 tahun ~ Saya sayang mak :)
Pada usia 10 tahun ~ Apa-apalah mak nih!
Pada usia 16 tahun ~ Rimaslah  mak nie...:((
Pada usia 18 tahun ~ Rasa nak lari je dari rumah ...semua tak boleh!!
Pada usia 25 tahun ~ Mak, betullah apa mak cakap selama ni..menyesal tak ikut..
Pada usia 30 tahun ~ Saya nak balik rumah mak...
Pada usia 50 tahun ~ Saya tak nak kehilangan mak..
Pada usia 70 tahun ~ Saya akan lakukan apa saja utk mak berada disisi saya...rindunya pada mak!

ANDA hanya ADA SEOrang MAK..
HARGAI MAK ANDA

SHARElah ya untuk MENYEDARKAN betapa bertuahnya kita yang 
MASIH ADA MAK!!!

INI saya dapat dari kumpulan WHATTAPPS ... 

Sunday, December 8, 2013

Banjir Melanda Lagi!

Bila tibanya penghujung tahun, negeri-negeri pantai timur akan dilanda banjir. Boleh dikatakan setiap tahun, negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor akan dilanda banjir. Ini sudah lumrah kerana pada waktu ini iaitu dari bulan November angin monsun timurlaut akan bertiup dan membawa hujan lebat di negeri-negeri ini. Penduduk di negeri-negeri ini juga pun sudah maklum akan kedatangan banjir ini saban tahun.

Namun kali ini, bencana banjir yang melanda negeri-negeri berkenaan agak luar biasa terutamanya bagi negeri Pahang dan khasnya bagi bandar Kuantan. Mangsa banjir bagi Pahang mencatat jumlah yang besar iaitu melebihi 40,000 orang dan daerah Kuantan sahaja meliputi separuh daripada angka tersebut! Kenapa ini berlaku? Adakah kerana pembangunan yang pesat di Kuantan puncanya!

Bandar Kuantan mulai dinaiki air apabila hujan tidak berhenti-henti dalam tempoh 2 hari bermula pada 2 Disember hingga 3 Disember. Nadi Kuantan lumpuh apabila semua jalan utama di Kuantan ditenggelami air. Hujan berlarutan selama hampir seminggu. Kawasan rendah seperti Perkampungan Sg Isap, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru dan Permatang Badak ditenggelami air.  Kejadian banjir ini mengingatkanku tentang banjir pada tahun 2001 yang kami alami. Nak tahu ceritanya klik sini. Juga kejadian aku terperangkap dalam banjir pada tahun lepas..klik sini untuk baca!

Kali ini, aku dan keluarga selamat, syukur alhamdulillah. Namun risau tetap bertakhta di hati pabila melihat hujan mencurah-curah tanpa henti...semoga mereka yang terlibat sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah. Hanya doa yang tidak putus-putus aku panjatkan ...setiap kali selepas solat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Semoga mereka yang terlibat dengan banjir kali ini tabah, Allah menguji hambaNYA untuk meningkatkan darjat keimanan seseorang...

Untuk melihat gambar-gambar banjir di Kuantan, sila klik Life @ Kuantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...