BUKU KANAK2 & REMAJA

buku rujukan sekolah

BUKU RESIPI

Artikel berkaitan

Sunday, December 8, 2013

Banjir Melanda Lagi!

Bila tibanya penghujung tahun, negeri-negeri pantai timur akan dilanda banjir. Boleh dikatakan setiap tahun, negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor akan dilanda banjir. Ini sudah lumrah kerana pada waktu ini iaitu dari bulan November angin monsun timurlaut akan bertiup dan membawa hujan lebat di negeri-negeri ini. Penduduk di negeri-negeri ini juga pun sudah maklum akan kedatangan banjir ini saban tahun.

Namun kali ini, bencana banjir yang melanda negeri-negeri berkenaan agak luar biasa terutamanya bagi negeri Pahang dan khasnya bagi bandar Kuantan. Mangsa banjir bagi Pahang mencatat jumlah yang besar iaitu melebihi 40,000 orang dan daerah Kuantan sahaja meliputi separuh daripada angka tersebut! Kenapa ini berlaku? Adakah kerana pembangunan yang pesat di Kuantan puncanya!

Bandar Kuantan mulai dinaiki air apabila hujan tidak berhenti-henti dalam tempoh 2 hari bermula pada 2 Disember hingga 3 Disember. Nadi Kuantan lumpuh apabila semua jalan utama di Kuantan ditenggelami air. Hujan berlarutan selama hampir seminggu. Kawasan rendah seperti Perkampungan Sg Isap, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru dan Permatang Badak ditenggelami air.  Kejadian banjir ini mengingatkanku tentang banjir pada tahun 2001 yang kami alami. Nak tahu ceritanya klik sini. Juga kejadian aku terperangkap dalam banjir pada tahun lepas..klik sini untuk baca!

Kali ini, aku dan keluarga selamat, syukur alhamdulillah. Namun risau tetap bertakhta di hati pabila melihat hujan mencurah-curah tanpa henti...semoga mereka yang terlibat sentiasa dalam lindunganMU Ya Allah. Hanya doa yang tidak putus-putus aku panjatkan ...setiap kali selepas solat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Semoga mereka yang terlibat dengan banjir kali ini tabah, Allah menguji hambaNYA untuk meningkatkan darjat keimanan seseorang...

Untuk melihat gambar-gambar banjir di Kuantan, sila klik Life @ Kuantan

No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...