Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, June 27, 2011

Mujur Tak Kena Saman!

Peristiwa ini berlaku masa cuti sekolah yang lepas. Masa tu, aku dan anak-anak je balik kampung.Suami tak balik sebab bekerja.

Nak jadikan cerita, pada satu pagi lebih kurang jam 8.30 pagi, aku, tie dan yat gi ke Pasar Kedai Payang nak beli nasi minyak hasyim (almaklum lama doh tak makan,so teringinlah nok makan!). Dalam duk melilau mencari parking, aku kata parking je kat sini (dulu lot parking) tapi sekarang dah dibuang meternya! Mungkin boleh kot sebab banyak kereta parking kat situ. Yat pula menambah..."boleh, sebab papan tandanya tak boleh menunggu,so parking bolehlah!"

Tup-tup bila aku, tie dan yat dah selesai beli nasi minyak hasyim dan beli beras juga....Aku ternampak pegawai MPKT tengoh letak saman kat kereta-kereta yang parking kat situ. Akupun dengan langkah seribu berjalan laju-laju takut kena saman! Tie pun kata,
"cepat ga ... " sambil aku dan tie berjalan laju-laju....Nasib baik sempat aku sampai kat kereta sebelum pegawai MPKT tu sampai...lega pula rasanya!he,he,he....lucu pula bila teringat insiden tu!

9 comments:

  1. huhu nasib baik gak sempat..kalu tk melayang lg duit kan..

    ReplyDelete
  2. KH~he,he...mmg nasib baik, masa tu selang 2 kereta je!

    ReplyDelete
  3. hihi..mesti cam langkah tak jejak tanah nih..nak cepat punya pasal :)

    ReplyDelete
  4. hihi ni langkah seribu versi tak jejaktanah la ni ..:)

    ReplyDelete
  5. salam!
    hehehe tu la parking lagi merata2 :D

    ReplyDelete
  6. Addinia~ betul tu, rasa spt melayang je masa jln, gara2 takut x sempat sampai dulu sblm pegawai MPKT tu...nak tergelak pun ada bila dikenang2kan kembali!

    Merah~dah ada org lain parking, so ikutlah sekali, ingatkan tak apa...rupa2nya x leh!

    ReplyDelete
  7. alah...orang MPKT tu saja je nak cari 'mangsa'...kita bukannya blok orang pun...kalau dulu boleh park sbb apa le ni tak boleh pulak...tapi kelakar juga bila diingat kembali...lagi kelakar sbb Yat dok sedor pun orang sedang saman...dia lengang kangkung je :)

    ReplyDelete
  8. Saloma~betullah yat tu jln lengang kangkung je sdgkan kita ni kalang kelibut jln nok pintas pegawai MPKT, boleh pulok si Yat ni tak nampak!he,he,he...tersenyum je bila teringat kes ni:))

    p.s~memang x patut mereka saman terutama time cuti sekolah, sengaja je tu...nok tambah danalah tu!

    ReplyDelete
  9. He,he,he... kita jugak yang releks , tapi heran jugok bila nampak ti and ga jalan kelam kabut! Rupa2nya..

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)