Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Sunday, July 3, 2011

Alahai 'seri' lah pulak!




Hari ini merupakan Hari Sukan Tahunan bagi sekolah Syu (SKIM). Memandangkan ini merupakan kali pertama syu mengambil bahagian dalam acara 4 x 200 meter, aku bersama Ira menemaninya sehingga acara sukan ini selesai.

Seronok juga melihat gelagat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta cilik ini termasuklah syu, begitu teruja untuk memulakan larian ini. Aku pun sama, bersemangat memberi dorongan kepada pasukan syu (rumah merah) ....walaupun tidak mendapat tempat pertama tetapi berupaya juga mendapat tempat kedua.





Di akhir acara sukan, semua peserta tidak sabar-sabar menunggu pengumuman rumah manakah yang akan dinobatkan sebagai juara. Dalam keadaan hangat itu, juruacara mengumumkan tahun ini adalah 'juara bersama' bagi rumah merah dan rumah hijau. Alahai serilah pulak....tapi syu tetap gembira sebab rumah merah tetap juara dan syu ada menyumbang juga untuk rumahnya muncul juara walaupun seri!!

8 comments:

  1. Seri pun menang jugak!!hehe
    tahniah utk syu...cayalah!

    ReplyDelete
  2. KH~betul tu n syu pun senyum memanjang je hr ini:)

    ReplyDelete
  3. waduh-waduh...kecik2 cili padi...laju sungguh bila berlari :)
    tahniah...lepas ni boleh lumba dengan mok long :))

    ReplyDelete
  4. tahniah....bulan ni banyak sekolah sibuk dengan sukan ! sekolah buat hujung minggu ni

    ReplyDelete
  5. wah.. seri? jarang2 tu kak.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  6. saloma~itulah syu lari macam 'lipas kudung'...boleh je berlawan lari dgn mak long,he,he...

    sonata anak kancil~mesti sibuk dgn persiapannya...semoga hari sukan sekolah pn hajah meriah!

    Aretikz~ memang jrg2 berlaku!tak sangka pula seri!

    ReplyDelete
  7. wahh...sama2..dlu kt rumah merah jgk..all d best! hahaha:D

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)