Saturday, July 30, 2011

Tanaman Makanan



TANAMAN MAKANAN DI MALAYSIA

Tanaman Makanan

Tanih

Kawasan

Padi Sawah (utama)

Aluvium

(Lembah sungai dan tanah pamah)

Dataran Kedah-Perlis

Delta Kelantan

Dataran Kerian

Tanjung Karang

Padi Huma/Padi Bukit

Laterit

(Lereng bukit dan pedalaman)

Pedalaman Sabah dan Pedalaman Sarawak ~ dijalankan orang asli

Ramadhan kali ini amat berbeza...

Isnin 1 Ogos,
kita akan menunaikan ibadat berpuasa,
Semoga ibadat berpuasa ini membawa berkat,
kepada semua umat Islam,
tak kira mana mereka berada!


Ramadhan kali ini,
aku rasa lain sangat...
mungkin kerana sebab tertentu,
biar aku aje yang tahu sebabnya ....!

Orkid Berbau Wangi


Orkid ini berbau wangi hanya di sebelah pagi. Baunya akan hilang apabila waktu tengahari atau menjelangnya petang. Oleh itu, apabila orkid ini berbunga, halaman rumahku akan berbau wangi ~ harum di waktu pagi. Nyaman dan menyegarkan. Sudah seminggu orkid ini kembang dan masih lagi segar mengharum!

Thursday, July 28, 2011

Nasi Goreng ala Cina TM vs Nasi Goreng ala Melayu



Pagi Ahad lepas, kami sekeluarga dijamu dengan 2 jenis nasi goreng iaitu

1...nasi goreng ala melayu dan 2... nasi goreng ala cina TM

Nasi goreng ala melayu tu aku yang buat, manakala nasi goreng ala cina tok ma yang masak. Semestinya nasi goreng ala cina menjadi pilihan sebab pedas! Ikutilah resipinya :

Nasi Goreng Ala Cina

Bahan-bahannya :

nasi putih (4 orang makan)
5 ulas bawang putih ~ cincang halus
2 sudu besar bawang kisar
5 - 10 biji cili padi (lebihkan .. pedas) ~ tumbuk/cincang halus
1 sudu besar sos tiram
semangkuk ikan bilis ~ cincang halus
1 gelas air

Cara membuatnya :

1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan
bawang kisar tumis lagi sehingga garing.

2. Masukkan cili padi dan sedikit air~tumis hingga naik bau,masukkan ikan
bilis dan sos tiram. Juga garam dan gula secukup rasa.

3. Akhir sekali masukkan nasi dan gaulkan hingga sebati.

Tip :
Untuk melembutkan nasi, buat lubang
di tengah-tengah nasi~masukkan
air kemudian tutupkan kuali dan kecilkan api....
tunggu 5 minit kemudian gaul sebati... pastinya nasi goreng
itu lembut selama-lamanya dan sedap dimakan.

Tuesday, July 26, 2011

Minyak oh minyak!


Petang tadi pergi Pasaraya Tunas Manja di Indera Mahkota nak beli minyak masak....tup-tup diberitahu tiada minyak masak yang biasa aku beli iaitu cap Buruh ataupun cap Saji.... terputus bekalan!

Jadi buat pertama kalinya terpaksalah aku beli minyak masak dalam plastik cap Bendi. Mula-mula empunya kedai runcit tu nak jual sebungkus je....akupun merayu minta 2 bungkus.Almaklum manalah cukup sebungkus je.....

Bila difikir-fikir kenapa ya bekalan minyak masak ini terputus bekalannya. Ini mesti nak naikkan harga minyak tambahan pula ramadhan dah nak menjelma! Pasti semua harga barang naik!

Sayur putih kacang panjang






Sudah 2 -3 minggu asyik buat tumis air sayur. Jadi minggu lepas buatlah sayur putih yang juga digemari anak-anakku. Rupa-rupanya tok ma pun gemar sayur putih ini. Cara memasakkannya pun mudah...

Bahan-bahannya :

10 batang kacang panjang (dipotong 1 inci panjang)
1 batang lobak merah (dipotong bulat)
1/4 buku bunga kobis (dipotong dadu)
1 bungkus bebola ikan (cap mushroom)
1 labu bawang besar (dipotong lapan)
santan (RM2.00)


Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahannya dalam periuk dan separuh santan + air masak~masakkan diatas dapur menggunakan api sederhana. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan pecah minyak.

2. Bila sayur sudah agak layu dan mendidih, masukkan lebihan santan. Biarkan 2 - 3 minit,kemudian matikan api.

"mudahkan,selamat mencuba"

Sunday, July 24, 2011

rindu masih membara...




kali ni along balik sekejap je

3 minggu je
singkat je rasanya
begitu cepat masa berlalu
baru je rasa along pulang
dah nak fly semula ke sana
semoga along selamat dalam perjalanan
dan selamat tiba di Adelaide..
serta meneruskan pengajiannya
....


Saturday, July 23, 2011

Ada bakat rupanya!


Pada pagi tadi, aku menghadiri kursus yang dianjurkan oleh panitia seni di sekolahku. Kursus kali ini amat menyeronokkan sebab dijalankan dalam bentuk bengkel,jadi taklah membosankan! Tahniah diucapkan kepada Pn. Nooraini Jusoh sekalu KP Seni kerana mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Semua peserta seronok ~lihat gambar di atas,khusyuk menyiapkan tugasan!

Gambar di atas ini menunjukkan hasil tangan rakan-rakanku, rupa-rupanya mereka ini amat berbakat....


cantik tak kraf ku ni??

dan ini pula hasil tangan aku pula,bolehlah untuk orang seperti ku yang 'keras' tangan nih!

Sunday, July 17, 2011

Faktor mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan




Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan sistem perhubungan ialah:


~ dasar kerajaan : kerajaan memperkenalkan talian e-kerajaan bagi menggalakkan semua urusan kerajaan dijalankan melalui internet. Dengan ini, urusan kerajaan menjadi lebih cekap dan menjimatkan masa.

~ Petempatan baru : Bandar baru Cyberjaya dibina dengan tujuan untuk perkembangan dan kemajuan multimedia koridor raya.

~ Perkembangan ekonomi : Kegiatan ekonomi yang bersifat global menyebabkan kemudahan sistem perhubungan seperti satelit dan internet diperlukan. Urus niaga kini banyak diadakan melalui atas talian (on line) mendorongkan perkembangan sistem perhubungan terutamanya internet dimajukan di Malaysia.

Bentuk Muka Bumi Pinggir Pantai

Sotong Masak Merah TM


Ini merupakan kali kedua tok ma masak sotong masak merah ketika berada di rumahku. Sebenarnya masakan sotong masak merah ini merupakan kegemaran kami sekeluarga termasuklah tok ma. Tok Ma suka sangat makan sotong di Kuantan ini sebab tidak liat seperti sotong di Kuala Terengganu!

Jika nak tahu resipinya, klik aje di sini...

Tuesday, July 12, 2011

Puding Karamel TM


Semenjak TM (tok ma) duduk sekali di rumah, anak-anakku berpeluang merasa masakannya. Mul-mula sekali, tok ma masak puding karamel apabila tok ma tahu cucu-cucunya suka makan puding ini. Rupa-rupanya mudah aje membuat puding karamel ini...ikutilah resipinya.

Bahan-bahan puding:

10 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
4 sudu gula

~semua bahan dicampur dan disebatikan.

Gula hangus~ 4 sudu besar gula diletakkan dalam acuan dan panaskan di atas dapur menggunakan api sederhana. Bila kekuningan angkat,biarkan sejuk. Kemudian masukkan bahan-bahan pudingnya. Kukus selama 15 minit~siap untuk dimakan (masukkan ke dalam peti sejuk lagi sedap!)

Saturday, July 9, 2011

Kitar Semula

Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menyumbang kepada penjagaan alam sekitar. Sebenarnya amat mudah, jika kita memahami konsep 3R yang dimaksudkan dalam kitar semula.

1. Reuse (Guna semula)

Kita boleh menggunakan semula beg-beg plastik atau beg kertas yang diperolehi ketika membeli-belah sebagaimana yang dilakukan Yat baru-baru ini...menggunakannya untuk meletak pakaiannya ketika balik kampung pada masa cuti sekolah yang lepas! Mudah dan menjimatkan kos tak payah beli beg pakaian yang baru..:)



2. Reduce (Kurangkan penggunaannya)

Jika anda peka, sudah tentu anda tahu bahawa setiap hari Sabtu, semua pusat membeli-belah atau pasar raya tidak membekalkan plastik. Ini merupakan langkah untuk mengurangkan penggunaan plastik kerana plastik amat sukar untuk dihapuskan. Keterangan lanjut boleh baca di link ini.



3. Recycle (kitar semula)

Setiap hari atau di hujung minggu akan kedengaran suara "surat khabar lama,bateri lama...." dilaungkan dari lori apek! Jadi gunakan peluang ini untuk menjual surat khabar lama atau apa-apa yang boleh dikitar semula. Bukan sahaja rumah kita bersih tetapi kita juga dapat memelihara alam sekitar daripada dipenuhi barang-barang terbuang yang sebenarnya boleh dikitar semula!

"bertindaklah sekarang untuk kebaikan bersama"

Sunday, July 3, 2011

Alahai 'seri' lah pulak!




Hari ini merupakan Hari Sukan Tahunan bagi sekolah Syu (SKIM). Memandangkan ini merupakan kali pertama syu mengambil bahagian dalam acara 4 x 200 meter, aku bersama Ira menemaninya sehingga acara sukan ini selesai.

Seronok juga melihat gelagat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta cilik ini termasuklah syu, begitu teruja untuk memulakan larian ini. Aku pun sama, bersemangat memberi dorongan kepada pasukan syu (rumah merah) ....walaupun tidak mendapat tempat pertama tetapi berupaya juga mendapat tempat kedua.





Di akhir acara sukan, semua peserta tidak sabar-sabar menunggu pengumuman rumah manakah yang akan dinobatkan sebagai juara. Dalam keadaan hangat itu, juruacara mengumumkan tahun ini adalah 'juara bersama' bagi rumah merah dan rumah hijau. Alahai serilah pulak....tapi syu tetap gembira sebab rumah merah tetap juara dan syu ada menyumbang juga untuk rumahnya muncul juara walaupun seri!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...