Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Tuesday, July 12, 2011

Puding Karamel TM


Semenjak TM (tok ma) duduk sekali di rumah, anak-anakku berpeluang merasa masakannya. Mul-mula sekali, tok ma masak puding karamel apabila tok ma tahu cucu-cucunya suka makan puding ini. Rupa-rupanya mudah aje membuat puding karamel ini...ikutilah resipinya.

Bahan-bahan puding:

10 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
4 sudu gula

~semua bahan dicampur dan disebatikan.

Gula hangus~ 4 sudu besar gula diletakkan dalam acuan dan panaskan di atas dapur menggunakan api sederhana. Bila kekuningan angkat,biarkan sejuk. Kemudian masukkan bahan-bahan pudingnya. Kukus selama 15 minit~siap untuk dimakan (masukkan ke dalam peti sejuk lagi sedap!)

2 comments:

  1. mmg senang buatnya,anak2 saya pun suka puding ni

    ReplyDelete
  2. Memang senang nak buat..sedap pun sedap...lama dah KH tak buat..huhu

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)