Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, August 1, 2011

Iced Blended Durian Belanda






Menu minuman kali ini ialah air durian belanda. Sebelum itu, nak cerita dulu tentang asal usul pokok durian belanda ini. Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia & Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah ~ sumber wikipedia ensiklopedia bebas.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus. Ikuti menu jus durian belanda:

Bahan-bahan:

1 mangkuk buah durian belanda (telah dibuang bijinya)
air batu secukupnya
sedikit air
air gula ~ jika suka manis

Cara membuatnya :

1. Masukkan buah durian belanda dalam blender, masukkan sedikit air + air gula (jika suka) kemudian kisar sehingga sebati.

2. Masukkan air batu secukupnya dan kisar sehingga hancur. Ok dah siap untuk diminum.

p.s. saya tak letak air gula sebab suka rasa buahnya yang asli!

4 comments:

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)