Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Monday, August 1, 2011

Kari Ikan Pari



Biasanya jika ikan pari,mesti si suami minta dimasakkan tumis. Tapi memandangkan ada santan beku dalam peti ais, jadi ikan pari tu dimasak kari je supaya santan tu tidak rosak!


Bahan utama :

8 keping ikan pari

Bahan kisar untuk ditumis :

4 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar
1 inci halia

Bahan pelengkap:

1 biji ubi kentang (potong 4)
2 sudu besar cili boh/serbuk cili
2 - 3 sudu besar serbuk kari
santan RM2
1 gelas air

Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili boh/serbuk cili, ditumis lagi sehingga garing.

2. Masukkan serbuk kari dan sedikit santan + air, masak sehingga serbuk kari pecah minyak.

3. Masukkan ubi kentang dan lebihan santan, masak sehingga ubi empuk kemudian masukkan ikan pari. Setelah ikan masak,tutupkan api. Enak dimakan bersama nasi putih dan telur asin.

6 comments:

  1. Selalunya kalau masak kari ikan saya tidak masukkan kentang...

    Bila nak tunjukkan buat biskut raya?...

    ReplyDelete
  2. Tinta Emas~ lama menghilang! harap semua kerja dah beres:)

    Biskut raya tahun ni byk yg 'tunjuk' je...

    ReplyDelete
  3. wei..pandai buat biskut jugake? ada jual tak?

    ReplyDelete
  4. Cikgugeo~ tak jual,beli adalah..he,he.

    ReplyDelete
  5. sedapnye! terus rasa nak beli ikan pari.
    biasa ikan pari masak asam pedas jer

    ReplyDelete
  6. gee ryder~ubah menu tak salah!ada variety gitu:)

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)