Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, October 8, 2011

Tenggiri Balado


Kali ini aku mencuba resipi dari negara jiran...menyeberangi Selat Melaka ke Indonesia! Jauh tu tapi mungkin akan sampai juga ke sana nanti kot... suatu hari nanti! Jom ikuti resipinya :

Bahan utama ~ Seekor ikan tenggiri (saiz sederhana) : potong + goreng

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit

Bahan pelengkap :

3 sudu besar cili boh
2 helai daun limau purut
1 batang serai (dititik)
2 biji limau nipis
1 cawan air
garam + gula

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh + daun limau purut + serai. Tumis lagi sehingga garing.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit + garam + gula secukup rasa.

3. Bila kuah agak pekat, masukkan ikan yang telah digoreng. Perahkan asam limau dan gaul rata.


Resipi asal, klik sini



No comments:

Post a Comment

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)