Doa Solat Dhuha

Hayatilah...

Saturday, January 5, 2013

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Resipi masak lemak cili padi kali ini adalah masakan dari Negeri Sembilan. Jom ikuti bahan-bahannya...

Bahan utama :  1/2 ekor ayam (potong kecil) dan panggang dalam pan ajaib sehingga kering airnya.

Bahan kisar :

1/2 inci kunyit
10 hingga 15 tangkai cili padi (boleh tambah)
sedikit santan

Bahan pelengkap :

Santan (RM4)
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur (asam keping)
1 biji ubi kentang (belah 4)
1 gelas air

Cara memasak :

1. Masukkan bahan kisar + bahan pelengkap. Hanya masukkan separuh saja santan  + 1 gelas air.

2.  Setelah ubi kentang empuk, masukkan ayam. Gula dan garam secukup rasa.

3. Masukkan lebihan santan dan tunggu mendidih. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

 Sumber ~
 My Resipi Ayam masak lemak cili padi 

7 comments:

  1. nyum..nyum.. sedapnyaa..
    mesti pedas kan sbb resepi org N9..=D

    ReplyDelete
  2. org n9 mmg terro msk lemak cili..
    lglah xboh bwang2..
    asli berapi

    ReplyDelete
  3. assalam..nak sikit ayam lemak cili api kegemaran mama tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. sedap nie ..
    biasanya saya masak dnegan ayam kampungg
    lebih manis ;)

    ReplyDelete
  5. wow sedapppnye.....terliur la bila lalu sini :)

    ReplyDelete
  6. Wah, sedapnya!
    Dah tentu pedas menyengat ni..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Tapi sayang, rumah Mieya nie. Masaklah ayam masak apa pon, takkan habis lah. Kalau beli, habis pulak. Pelik kan?

    ReplyDelete

Apa-apa komen/pandangan amat dihargai :)